Friday, February 18, 2011

Apa kena dia nie?

Dua hari lepas, gua kene hentak dengan satu Myvi putih masa on the way nak gi keja.Pakcik tua yang pangkat Atok main reverse tak tengok belakang, eventhough dia park keta dia kat laluan motor. Sakit jugak sebenarnya, tapi bila dah memikirkan gua dah lambat nak masuk opis, gua bangun angkat motor, ludah buang sekali dua, then gua blah.

Masa terbalik tu, gua tak rasa sakit sangat. Tapi, setengah jam lepas sampai opis, tangan gua dah start sengal-sengal. Peha kiri gua dah kebas tak tentu hala. Tak boleh jadi ni! Gua gagahkan turun dari opis ke Klinik P***e C**e kat depan blok opis. Untung-untung bleh dapat MC, dapat la gua baring-baring kat rumah sambil pikir masa depan.

Malas elaborate panjang, gua pun sampai la kat klinik tu. Gua keluarkan kad ING, gua kasik kat madam India yang jaga kaunter depan. Dia soh gua tunggu kat dalam bilik menunggu sementara dia nak setel dengan orang ING pasal insurance coverage gua.

Dalam bilik menunggu tu, ada seorang lelaki mamak or India Muslim (err..I guess), dengan 3 orang perempuan melayu. Semua tengah tunggu di’servis’ oleh doktor yang bertugas. Ramai pulak orang sakit lepas cuti Maulud Nabi ni. Gua melabuhkan bontot di sofa empuk di tepi water dispenser sambil mencapai majalah in-Trend keluaran March 2008. Bapak out-dated betul bahan bacaan kat klinik ni.

Doploh minit berlalu. Dua pempuan melayu tu dah hilang dari pandangan. Tinggal la sorang lagi pempoan berpangkat kakak yang tengah pregnant, gua dengan brader mamak, dok tunggu giliran. Sabar...sabar. Gua peratikan brader mamak tu tu tak habih-habih dok senyum sambil melayan ribuan BBM message yang dok berbunyik-bunyik for the past 20 minutes ago. Aii…busy betul mamat nie. Celebrity kah? Ahh…gua malas amik port. Gua keluarkan iPhone gua dan terus layan Angry Birds. Hilang stress.

Tiba-tiba, pintu bilik doktor dibuka. Madam India yang collect kad gua ING gua tadi keluar. Ditangannya ada kad putih rekod pesakit. Tanpa melihat orang yang menunggu, beliau berteriak:

“En.Mohd Ali, sila masuk!”

Then dia kembali masuk dalam bilik doktor. Kami yang menunggu kat luar nie terpinga-pinga. Sape ‘Mohd Ali’ tu? Boleh jadi nama brader mamak nie kot. Struktur nama pun agak-agak sesuai kalo dipadankan dengan brader tu. Ali Maju, Ali & Sons Printing Enterprise, memamg sinonim dengan nama diorang. Ahhh...bukan turn gua lagi. Gua sambung main Angry Birds.

Brader mamak tadi sambung main BBM. Kakak yang lagi sorang sambung mengusap-ngusap perut beliau. Yang kakak nie, gua tak pasti samada dia mengandung ker, obesiti. Kang gua silap tanya ‘dah berapa bulan’, agak-agak dia tumbuk gua tak?

Dua minit berlalu. Pintu bilik doktor kembali dibukak. Madam tu keluar lagi sekali sambil memekik nama yang sama : ‘Mohd Ali’. Kali nie, tone dia lain macam sket. Ada macam nada-nada bengkek sket.

Kami kembali terpinga-pinga. Masing-masing tengok kiri kanan. Gua perasan kat atas kepala mamak tu ada tanda soal. Kepala kakak tu pun sama. Ini tak boleh jadi. Kalo tak tanya, lagi lambat gua melepak kat klinik nie. Bazir masa jer, lagipun bukan selalu bleh amik MC.

‘Bro...yang dia panggil tu, nama ko ke?’ tanya gua kepada brader mamak tu.

‘Entah la..nama saya Sudarmaji’ balas mamak tu sambil mengangkat kedua bahunya.

‘Sudarmaji? Stailo betul nama engko..’ getus hati kecil gua.

‘Sah...madam nie silap orang!’ sapa kakak tuh. Dia pun nampak macam dah penat menunggu.

Aik? Apa kena madam nie panggil nama yang tak wujud?

‘Kreeeeoookkkk!!!’ Pintu bilik doktor dibuka buat kali yang ke-3. Kali nie, Madam India tu keluar dan straight datang ke arah gua. Muka dia agak merah padam, walaupun kulit dia agak gelap. Gua buat bodoh jer, malas nak trigger. Gua rilek sambil membalas SMS Banker Permatang Pauh.

‘Saya panggil kenapa kamu takmo masuk?’ bentak Madam tu dengan pitching yang agak tinggi. Sah, dia tengah mid-life crisis. Kalo takpun, mesti menopause.

‘Aik? Bila masa you panggil nama saya?’ gua balas balik. Tak boleh jadi nie. Prinsip orang sakit, mesti disapa dengan lembut. Tak boleh berkeras sangat. Tapi, yang jadi kat gua sekarang, sebaliknya.

Dia menghulurkan kad rekod pesakit ditangannya kat gua.

‘Itu kad you,kan? Saya salah ker…you yang salah?’ nada dia makin lama makin kuat. Brader mamak dengan kakak obes yang lepak dengan gua semua terkesima. Madam nie dah mula menunjukkan taring beliau. Garang jugak minah nie. Tak padan dengan kecik, gemok plak tu.Period kot? Ahh...gua buat assumption lagi.

Gua teliti kad rekod pesakit yang diberi. Memang nama gua. Sah, minah nie bingai.

‘A’a. Nie memang kad saya...’ balas gua lembut. Malas nak berkasar, orang tua-tua. Tak worth!

‘So??’  Madam tu jawab dengan kerek. Pergh, dia nie saja nak kasik panas nie.

Gua bagi balik kad tu kat dia. Dengan nada yang tak berapa nak lembut, gua reply balik:

‘Madam, lenkali nak sound orang, komfemkan betul-betul dulu. ‘Jangan main serbu tak pakai helmet’. Sapa pulak ‘Mohd Ali’ nie? Gua punya nama ‘Mohd Zahril’. Jauh gila beza. Cuba eja betul-betul?’

Madam tu tersentak. Dia meneliti nama yang tertera di atas kad rekod pesakit tu. Terkumat-kamit mulut dia mengeja. Gua perasan brader mamak dengan kakak obes tu terkedu menahan ketawa. Nak bantai gelak guling-guling, kang kata tak hormat orang tua plak. Tapi, kalo tak gelak, rugi jugak. Benda bukan bleh jadik selalu.

‘Thehehehehe…sori la encik. My damn mistake la…Sori…sori…’ Madam tu berkali-kali mintak maaf sambil facepalm ke muka sendiri.

Kesian madam tu. Ada masalah peribadi agaknya.

Gua malas nak cause any scene. Jam kat tangan pun dah nak dekat pukul seblas. Rugi dok kat area opis kalo layan amik MC. Baik gua cepat-cepat balik sambung rehat kat rumah. Bleh jugak layan XboX sepam dua. Dengan stail jalan terhincut-hincut, gua masuk ke dalam bilik doktor.

****

Setel urusan dengan doktor. Gua terus tunggu kat luar nak collect ubat. Kelihatan madam tadi kalut menguruskan hal-hal dengan coverage ING berserta MC dan medication gua. Kelam kabut jugak dia nie. Nak kata orang ramai, takde la ramai sangat. Patient yang ada masa tu just kami bertiga jer.

Time nak amik ubat, gua tunggu tak lama. Lebih kurang 2-3 minit jer, semua urusan gua setel. Dia masukkan semua ubat gua dan surat MC dalam plastik putih. Sambil tersenyum, dia menghulurkan plastik putih beserta dengan kad ING gua.

‘Encik..semua instruction pasal pengambilan ubat tu, ada saya catit kat cover ubat. Encik follow jer. Lagi sekali, saya million punya sori pasal tadi…Banyak malu la saya,encik…’

‘Takpelah…saya tak amik hati pun. Thank you,ya? See ya…’ balas gua sambil tersenyum. Gua berjalan keluar dari klinik tersebut.

Yes! Dapat MC 1 hari.

(end of story)

****


Apartment gua, pukul 8 malam


Orang kata, kalo jatuh motor, sakitnya tak berapa sangat time waktu siang. Yang peritnya bila waktu malam…time nak tido. Time nie la baru bertemu buku dengan ruas. Azab sengal dan bengkak-bengkak memang gua takleh handle. PERIT YAQMAT!

Pelan-pelan gua bangun dari sofa dan capai karung plastik ubat yang gua amik dari klinik siang tadi. Kat sebelah tangan gua, ada air mineral nak buat tolak ubat masuk dalam perut. Gua perhatikan instruction cover kat ubat tu.

Gua terkedu….gua sayu.


Apa yang dia obsess sangat dengan ‘Mohd Ali’ nie? 

3 comments:

Unknown said...

aku rasa dia mmg suka Mohd Ali la..sebab tu dia ada nampak ko mcm gaya2 Mohd Ali tuh...hahaha...

okeh2 nama baru...ahaks!!

Afams Chan said...

Hahaha....tak pasal2 nama ko Ali..

Takpe la, aku rasa ex-bf dia nama Ali kot, so instead tulis Zahril dia tulis Ali.. Hahah

"Jgn salahkan Ali" - Ruffedge

Sandokhan said...

Diyana: Aku rasa Ali tu ex-bf dia masa zaman bercinta kat Poli la...'interracial Sweetheart' kot..huhu

Afam:haha..jauh sungguh beza ZAHRIL dengan ALI..aku mmg dok agak 'Ali' nie somebody special dalam hidup dia...huuish..takleh tido aku malam nie...menghantui...menghantui.

*apa kaitan aku dgn Ali?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...