Gua dapat satu arahan dari colleague department gua, untuk hantar satu document kat Menara ‘Jagung Batang II’. Walaupun nie bukan task gua, tapi gua dah biasa take over keja Nazri dalam bab-bab kurier-mengkurier nie. Tolong member-member, apa ada hal?
Cik Intan Payung pass satu dokumen kat gua. Sampul kaler coklat. Sambil tersengih, beliau 'brief'kan segala detail-detail yang diperlukan untuk gua perform task nie dengan cemerlang. Gua rilek. Tapi, yang tak bestnya, dokumen tu kena sampai di tingkat doploh tiga sebelum pukul 2.30 petang.
“Ahhh…sudah”
Gua cemas. Jam kat tangan dah pukul 2.15. Maknanya gua ada lagi 15 menet ja lagi sebelum kaunter ‘Merpi’ ditutup bercampur-campur. Cilakak! Mentang-mentang nak cuti CNY, awal plak korang nak tutup,ek?
Tanpa memberi salam dan cium tangan bos, gua gerak dari opis dengan segera. Meluru gua mencapai superbike gua yang tersadai di tepi pintu transformer Blok D. Ahh, illegal parking! Parking tak ikut dalam kotak. Nasib baik tak kena clamp. Kalo tak, lagi lambat ahh keja gua.
***
2 minit gua dah sampai di perkarangan parking Menara ‘jagung dua batang’. Gua turunkan tongkat, dan keluarkan kunci untuk bukak seat. Gua sangkut helmet kat penyangkuk, jeket gua selit kat celah-celah celepet seat motor.
‘Kepap!’
Gua hempas seat kuat-kuat supaya batang seat bleh auto lock. Nampak macam ganas dan bleh merosakkan motor, tapi tu prosedur biasa. Jangan kata gua x reti nak jaga barang plak! Ahh...lari topik. Gua sambar dokumen sampul kaler coklat; amanah dari Cik Intan Payung, then gua bergegas meluru ke ‘batang II’.
Jam dah 2..25. Ahhh…gua x gemar betul bila berada dalam keadaan macam nie. Kejar-kejar masa. Apa-apa berkaitan dengan masa, memang gua tak boleh blah. Sebab tu la gua tak main ‘Grand Theft Auto’. Banyak sangat mission guna masa. Ahh...gua off-topic lagi. Orang kat situ sungguh ramai. Cina, India, Pakistan, Kelantan..semua datang ke sini untuk mencuci mata. Ntah hapa yang bestnya berkeliaran kat sini, gua tak pasti. Tapi, kalo gua, takde keje gua nak habihkan cuti gua berkeliaran takde arah kat Menara Jagung nie. Baik gua lepak tido kat rumah...lagi true!
Gua tak pasti berapa banyak manusia yang gua siku time rushing-rushing nak pergi ke kaunter ‘Jagung II’. Dah lambat nie, diorang bleh plak bersembang tengah-tengah jalan. Hamjadah memang takdo kesedaran sivik langsung! Baik yang comel, foreigner, semua gua gasak. Gua siku jer, asalkan dokumen nie mesti sampai kat ‘Merpi’ tepat pada masanya. OK la tu, gua komited dengan kerja.
Gua dah hampir nak melepasi Meybenk. Cantik ahh! Kalo di’kalkulate’ walking speed gua, lagi 3 minit, dokumen nie bleh sampai on time.
Tiba-tiba…
Gua rasa ada macam benda yang terkurang. Gua tak pasti apa, tapi gua rasa memang ada yang tak kena.
Langkah gua terhenti di depan lobby 'Jagung II'.
Gua seluk poket kiri….’kosong’!
Gua seluk poket kanan…’kosong’!
***
Hamjadah! Gua baru perasan gua tertinggal kunci kat seat moto.
‘Fak! Fak! Fak!....’ (namblas kali)
Mulut gua tak benti-benti menyumpah. Memang gua anti betul buat keja rushing-rushing nie! Semua benda bleh tertinggal. Bukan setakat kunci motor jer, phone gua pun gua perasan takde dalam poket. Gua cemas lagi skali. Tengkuk gua dah start berbintik-bintik *(meremang). Ahhh...gua betul-betul tergamam. Jam dah pukul 2.30 petang. Dah due dah nie!
Gua skang berada kat tengah-tengah.
Gua skang berada kat tengah-tengah.
Kalo gua patah balik kat parking moto, amik kunci...dokumen nie kompem takkan sampai on time. Silap haribulan kontrak kapal bleh kaput! Benda-benda camnie bukan bleh buat main...Lambat gaji masuk, soru pun bley miss!
Kalo gua terus pegi ‘Merpi’, gua umpama melepaskan angin di pinggiran bukit. Dalam erti kata lain:
“Hai semua...saya tertinggal kunci kat motor..kebas la motor saya..saya amat suka..*wink! wink!”
Cilakak! Gua nak buat apa nie…?
***
Gua takde pilihan lain. Dokumen kat tangan gua lagi penting. Nasib semua pekerja opis gua sedikit sebanyak ada dalam sampul surat nie. Cukup la sekali gua experienced gaji lambat. Memang sakit! Gua malas nk describe! Azabnya memang macam palat.
Gua meluru naik ker tingkat 23, dengan harapan Allah tolong gua. Harap-harap semua mata brader-brader motor yang parking sebelah or berdekatan dengan motor gua ibarat terkena ‘flashbang’. Tak nampak kunci yang meliuk-lentok tertikam indah di ignition seat motor. Adoi…cemas betul keadaan nie. Jangan buat hal! Hilang motor gua.... mampos!
Pada masa nie, mulut gua tak putus melafazkan surah-surah lazim. Tak cukup 3 Kul, Al-Fatihah pun gua tibai. No more ‘Fak..fak…fak!’. Amat kurang sopan dilafazkan ketika saat-saat hidup dan mati nih! Nak dijadikan cerita, dokumen tu akhirnya sampai jugak di kantor ‘Merpi’. Shit, lambat 5 menet. Nasib baik brader kaunter tu penyokong Arsenal. Kalo tak, mampoih dia takmo accept!
Gua berlari turun dari ‘Merpi’. Pada ketika ini, lagak kontrol gua tidak lagi membantu. Saham gua depan makwe-makwe ‘Peteronaih’ tidak lagi gua kesah. Yang bermain dalam otak gua, hanya superbike Honda cabok gua. Hilang benda tu, tak larat gua nak menjawab dekat Banker. Jangan buat hal!
Sekali lagi scene siku-menyiku berlaku tanpa rasa belas kasihan. Ngko cantik ker, ngko cun macam Diana Danielle ker, ngko Mat-Polo-Kolar-Naik-Atas-Pakai-RayBan-Hitam-Dalam-Shopping-Complex ker, kalo dah blocking gua saat-saat genting nie, gua memang mintak maaf banyak-banyak. Gua terpaksa....
***
Gua sampai di perkarangan parkir. Alhamdulillah. ‘Tunggangan Keamanan’ gua masih berada disitu. Naseb baik takdo mat rempit lain perasan kunci gua.Pheww!
Pelan-pelan gua kaver line sambil cabut kunci. Line clear! Takde orang nampak. Gila lega baii! Mulut gua tak putus-putus bersyukur kehadrat Ilahi. Alhamdulillah. Gua nekad, subuh esok gua nak qunut lama-lama. Gua nak sujud syukur barang sepam dua!
Ahhh...lega gila rasa.
....
‘Sniff! Sniff!’
....
‘Sniff! Sniff!’
Tetiba gua terbau something yang agak menusuk hidung, seakan-akan bau flashbang.
Apakah doa gua tadi dimakbulkan?
Tuhan saja yang tau!
Misteri,kan?
P/S: OK..OK. Gua mengaku yang part flashbang tu, gua tokok-tambah untuk sebagai salutation kepada member-member gua yang masih tegar pekena Counter Strike! Anda memang ‘tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas’.
Lain pada tu, semua betul woihh!
Lain pada tu, semua betul woihh!
1 comment:
hahaha...aku tulis apa yang terlintas kat kepala hotak aku jaa...
anyway, thanks...hikhikhik!
Post a Comment