Wednesday, August 24, 2011

"Emmanuel Frimpong - Biadap Yang Bertempat"


Kata orang, bayi atau kanak-kanak susah benar untuk bercakap bohong. Lonjakan ekspresi perasaan mereka adalah benar belaka. Basically. apa yang diutarakan oleh mereka adalah melalui apa yang mereka rasa. Emmanuel Frimpong tak terkecuali. Walaupun baru 2 game bermain dalam squad senior, beliau juga amat 'emo' dengan kehilangan Samir Na$ri. Bilamana semua player-player Arsenal yang lain 'play-safe' dan memberikan kata peransang seperti 'Gud Luck' dan 'terima kasih diatas tunjuk ajar' kepada Na$ri, Frimpong pula berlaku sebaliknya.

Berikut adalah perbualan sesama Twitter antara Frimpong (@EmmanuelF4) dan Jack Wilshere (@JackWilshere) dalam satu sesi borak lepas training.


Reply dari Frimpong yang gua rasa sangat cool:



I LOL at his sarcasm. This kid, he got BALLS! No, seriously. He's the new "B.A Baracus" in the our squad. What? Don't know what B.A stands for? Go Google it!

Last but not least, lu orang rasa tweet nie ditujukan kat sapa?

Hahaha...I just love this kid!


Picture profile/screen grab taken from Wilshere's Twitter, Frimpong's Twitter and Arsenal.com

TIMY - Wordless Wednesday #1



Original picture from DailyMail UK, edited by Sandokhan.Inc

Tuesday, August 23, 2011

Kali Nie Mesti Jadi...(Part 1)

Entri ini adalah kesinambungan daripada kegagalan gua untuk register AFSCM season lalu.


Sabtu, 13 haribulan Ogos 2011.

Tak macam hari-hari Sabtu yang biasa, hari itu adalah hari Sabtu yang amat mendebarkan bagi gua. Lepas sahur, gua dah tak boleh tido. Lepas pekena solat subuh dan berdoa banyak-banyak dua tiga round, gua terus bukak blog AFCSM. Nak komfem betul-betul. Yes, memang 13 hb dia punya registration date. Kali nie gua mesti join, gua takkan terlepas!

Maka bermulalah pagi Sabtu yang amat perlahan 'pace'nya. Setengah jam sekali gua berdiri terpacak depan jam dinding. Jam bergerak sangat perlahan hari itu. Gua tak pasti battery dia dah ‘weak’ ker atau gua yang je yang gelojoh. Sesekali gua naik ke bilik mendapatkan jersi merah putih kebanggaan Dennis Bergkamp. Gua tenung jersi tersebut lama-lama, dan kalo ada sedikit kesan keronyok, gua cepat-cepat iron.

‘Lu iron lagi jersi tu? Tadi pukul 9 kan dah iron? Baru pukul 11.00 pagi la. Kaunter bukak pukul 10 malam. Sudah, kang nipis kain jersi tu kang....Dah...Dah...’ tegur Banker Permatang Pauh, memeriahkan kepanasan rembang tengahari itu.

‘Ala....’ 
gua off plug seterika dan berjalan pergi style kepala tunduk ke bawah.

Gua perasan bini gua kat belakang menggeleng-gelengkan kepala. Namun, gua tahu dia faham terhadap obsession gua dengan Arsenal nie. Ya, gua tau Arsenal dah 6 tahun berdiri tanpa Silverwares. Gua tau Arsenal sering dianjing sebagai “Taska Ar-Rahman Taman Serai Indah”, team adik-adik. Gua tau, AndreVillas-Boas jauh lebih hensem dari Arsene Wenger. Namun, itu tidak sedikit pun menggoyangkan prinsip dan moral-support gua terhadap kelab berprestij ini. Biarpun kami 6 tahun kami berpuasa tanpa sebarang medal, namun yakin satu hari nanti bakal terbitnya harapan cerah di celahan ufuk timur, cheewah!

First AFCSM walk-in registration bertempat di Herris Delicious Corner, Damansara Perdana. Dengar tu, gua ulang…Damansara Perdana. Bunyi macam tempat brader-brader kaya lepak,kan? Pendaftaran keahlian ala-ala mini gathering ini dibuka sempena meraikan dan menyaksikan perlawanan pertama Gunners menentang Newcastle di gelanggang lawan. Gua bajet gathering ni sure happening punya! Bila memikirkan suasana sorakan ‘GOALLL!!!’ dari fan-fan sekepala, gua jadi tak tentu arah. Hampir nak meroyan gua sensorang. SHIT! What da hell is wrong with me?

Masa yang ditunggu dah makin hampir. Niat untuk menyertai Kelab AFCSM hampir pasti terpatri. Sabtu tu, gua bukak puasa ala kadar ja. Sebenarnya takdak la ala kadar sangat pun. Asai Boi, Murtabak sekeping dengan Nasi Tometo Sri Ayu jugak la. Gua kena ada tenaga yang cukup. Nanti nak bersorak lagi, ye dop? Kitaran kalsium kena cukup. Dah la game Arsenal pukul 12.30 tengah malam. 2 jam lebih nak tunggu kick-off start. Kalo takdak iPad memang boring habis nak lepak. Bab Nasi Tometo tu, gua memang tak reti nak gambarkan la. Punya la sedap. Kuah ayam masak merah dia…Subhanallah, buat gua rasa nak quit jadi brader IT, nak enrolled masuk KDU amik diploma chef dan perhotelan. Serius shit sedap. Ayam dia lembut-lembut kenyal, ditambah plak dengan bijian-bijian beras siam yang panjang, membuatkan nafsu selera dan mucus liuran berkecur. Ahhh, apahal gua describe pasal nasik plak nih!

Lepas berbuka, pekena maghrib apa yang patut, gua kembali merenung jersi keramat yang tergantung kemas belakang daun pintu. Ahhh, tak sabar rasanya nak menyarungkan persalinan kebanggaan ini. Mood nak seterika buat kali ke-4 datang balik, tapi bila memikirkan leteran yang bakal gua hadapi, gua pendamkan saja. Kedut sikit-sikit kat celah tetulang tu gua terpaksa abaikan walaupun hakikatnya pakai baju keronyok memang membuatkan gua tidak berapa steady. Gua….


To be continued…


(Celaka apa gua nak tulis semua hilang nie? Ahh, gasak la.... Tekak gua dah kering. Esok gua sambung. Selamat Berbuka.)

Thursday, August 18, 2011

JPU : Day 7 (Iftar + Potluck + HouseWarming)

Pergh, tak pernah gua upload gambar banyak camnie dalam entri lepas-lepas...

Bini gua memang seorang yang pemurah. Dan personally, gua rasa dia seorang event organizer yang cool. Sejak kawen dengan dia, selalu jugak la dia organize event makan-makan sesama bebudak AIGS. Dan yang paling latest, masa puasa ke-7 baru-baru nie, dia telah menganjurkan satu majlis IFTAR , potluck antara bebudak Lemeshor. Gua macam biasa, hal-hal bilis macam nie gua folo aje. Tak banyak bunyi.

Antara tetamu yang memeriahkan majlis adalah:
  1. Hastura & Ezhar
  2. Sapiz Jalil, Neny Terisya & baby Zara (betul ker gua eja nama nie?)
  3. Yusz, Fikri & baby Rania
  4. Gia Hazirah, Faie & Amer Hazwan
  5. Diyana Al-Fauzi dan pasangan misteri beliau..  :)

Kalo dah nama PotLuck, semua yang hadir takkan datang melenggang.  Kami sebagai tuan rumah telah memprovide beberapa menu-menu 'kick' seperti Nasik Tometo Ayam Masak Merah + Daging Kurma bau kenduri kawen, bersama beberapa 'side-kick' yang lain seperti Jelatah dan Papadom. Manakala tetamu-tetamu yang lain masing-masing taknak kalah dalam memperagakan dishes-dishes mereka. Cuba lu orang usyar atas meja tuh...happening kan? Hehehe...


Marbeles,kan?

Wednesday, August 17, 2011

Blog Gua Blog Lucah?


*Klik gambar untuk paparan sebesar stadium

Gua bukan jenis nak mencapap traffic. Bagi gua, tulis blog adalah sekadar hobi dan bukan la nak kejar traffic-hit dan adsense pun. Kalo ada visitor yang sudi baca blog gua, terima kasih gua ucapkan. Macamana diorang sampai ke blog gua, gua boleh perhati melalui 'Live Traffic Feed' gadget. Ada yang direct taip URL blog gua, ada yang search nama gua dekat google dan ada yang taip certain-certain event macam 'nikah', 'Arsenal', 'WWE' or any keyword yang google boleh navigate sampai ke blog gua.

Tapi...

'main dengan maksu'?

Oh, come on!!

Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman Gua Berjumpa Bomoh Patah


*Gambar sekadar hiasan

Bak kata Obefiend:


“Ini…ini amat senggama minda”


Dulu masa zaman belajar, lutut gua pernah injured. Mat saleh describe lutut gua nie ada kena mengena dengan ligamen. Dia punya perit memang tak pandai gua nak cerita. Kaki gua takleh nak lurus. Bengkok stail-stail ‘V’ shape. Nak jalan memang susah. Gua terpaksa terhincut-hincut selama 2 bulan. Kalo dah berjalan rumit, nak lari memang la tak dapek, apatah lagi nak lari pecut berganti-ganti. Time tu, kalo orang offer gua kasik pinjam ‘wilcha’, gua accept tanpa banyak bunyi.

Arwah mak gua dah habih ikhtiar dah tengok anak dia jalan ‘terlompat-lompat’ hampir saban hari. Macam-macam dah dia buat. Kunyah dan ludah daun sireh atas kaki gua, kapit dengan Apit G, urut guna minyak serai dan bermacam-macam lagi. Sesekali pernah jugak dia bantai gelak, tapi memandangkan kesakitan gua nie bukan lakonan, dia cuba minimizekan volume gelak itu. Hinggalah pada satu hari ketika beliau bergosip bersama Mak Long Nab ketika sama-sama menjemur udang di belakang rumah, Mak Long Nab ada mencadangkan agar membawak gua berjumpa seorang ‘Bomoh Patah’ yang agak gah di area-area pekan Bukit Minyak.

“Bomoh Patah?”
“A’a. Pi cepat siap. Hang nak cepat baik,kan?” ugut arwah mak terhadap gua.
“Mesti la nak. Tapi….” Gua berseloroh. Ada sedikit perasaan tak konfident.

Apa jadahnya Bomoh Patah ini?

Petang tu, gua di’cempung’ oleh Pak Ngah A’aq lalu diletakkan di dalam kereta beliau. Arwah mak duduk di seat passenger depan. Pak Ngah drive. Gua dok belakang macam bos. Fuhh, kalo ada cigar nie, mesti nampak macam el-jefe. Setelah semuanya ready, menyusurlah sebuah kereta Datsun kaler Hijau Pokok Pisang melangkaui pekan Nibong Tebal, menyusuri Kampung Teluk Ipil. 40 minit jer drive, kami sampai la di rumah bomoh patah nie. Gua dari dalam kereta lagi tak sedap hati. Saspen jer sepanjang perjalanan. Perkataan ‘patah’ tu yang buat gua tak konfident sebenarnya. Adakah dia akan mematahkan kaki gua dulu sebelum membetulkan tulang-tulang mana yang bersimpang?

Ahh, gua panik!

“Assalamualaikum…” arwah mak memberi salam. Dada gua berdegup kencang. Peluh-peluh jantan mula memercik membasahi pipi kering gua.

“That’s it! I’m fucked” getus hati kecil gua.

Beberapa ketika selepas salam yang pertama itu, muncul seorang tua yang lewat 60-an yang hanya berkain pelekat di muka pintu. Juraian serban tersisip kemas di kepala menandakan dia baru saja selesai Solat Asar. Cis, pakai la baju pakcik oii..solat kot?

“Nak mengurut ka?” tanya orang tua tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Pakcik ‘M’ di kalangan penduduk Kg.Teluk Ipil.

“A’a pakcik. Lutut anak saya nie, bengkak kenapa ntah? Dah dekat 2 bulan kaki tak boleh nak lurus-lurus lagi. Heran jugak.” Arwah mak gua explain detail gila. No need to save it after minum teh O.

“Kalo macam tu, naik la”

Setelah dipelawa, gua masuk dalam rumah Pakcik ‘M’ dengan dipapah oleh Pak Ngah A’aq. Rumah Pakcik ‘M’ nie sangat simple. Susun atur sofa klasik milik beliau sangat teliti. Dari cara beliau menghiasi ruang tamu, gua agak muda-muda dulu dia tukang masak Rejimen Askar Diraja. Gua perasan tikar getahnya tiada sebijik pun taik cicak kering yang mengotori lantai beliau. Jelas beliau memang seorang pesara kerajaan yang pembersih. Ahh, gua buat assumption lagi.

Dipendekkan cerita, lepas pekena secawan Teh O cap Burung Bayan, dan lepas mak gua brief lagi sekali sedetail-detail pasang kaki gua nie, Pakcik ‘M’ menjalankan tugas beliau. Dengan serta merta, dia turun bersila dari kusyen klasik beliau, dan bersila. Kami yang duduk atas kusyen tetamu nie agak tergamam dengan perilaku orang tua itu. Selaku tetamu, amat kurang sopan plak sekiranya tuan rumah duduk duduk di lantai, kami mengada-ngada dok atas kusyen. Harapan nak makan penyapu lidi amat tinggi ketika ini. Namun, Arwah mak gua dan Pak Ngah A’aq steady. Tak rasa bersalah pun. Gua jer rasa lebih-lebih. Chait!

Dengan mulut terkumat-kamit, Pakcik ‘M’ merapati kusyen beliau. Dicarinya kaki kusyen yang berdekatan dan diusap-usap manja. Beberapa kerat jampi serapah beliau utarakan dengan perlahan. Matanya terkatup rapat. Usapan-usapan, disusuli dengan urutan dikenakan terhadap kaki kusyen itu.

Mulut beliau terkumat-kamit lagi....

Dan lagi....

Dan lagi...

(3 minit berlalu)

Gua blur! Arwah mak pun blur. Pak Ngah A’aq lagi la. Dari tadi nak bantai gelak, tapi beliau tahankan aje. Kelihatan Pakcik ‘M’ sudah selesai dengan jampi beliau. Tersandar beliau di kusyen sambil mengelepiar-lepiar tangan beliau akibat lenguh tadi.

“Sudah selesai...mudah-mudahan baik la kaki anak nie” jelas orang tua tersebut.
“Dah sudah ka pakcik?” tanya arwah mak yang agak blur.
“Dah..”
“Jadi berapa pengerasnya pakcik?”
“Bagi ja la berapa pun, asalkan ikhlas sudahh...” sambung orang tua itu sambil menyalakan sebatang rokok daun.

Setelah urusan serahan pengeras selesai, gua kembali dipapah masuk kereta. Arwah mak kelihatan agak sedikit bengang. Tahap bengang beliau gua detect ketika dia menutup pintu kereta Datsun. Bergegar satu kereta dia punya ‘DUSHUMM!’. Pak Ngah A’aq terus memandu kereta tanpa berkata apa-apa.

Dalam perjalanan balik, emosi gua dalam kereta dah makin tak tenteram. Fikiran gua berkecamuk. Gua rasa dirompak. Ini ker konsep bomoh patah?. Berlainan dengan konsep tukang urut tradisional, lokasi / point of pain akan di’kerja’kan betul-betul. Setiap sendi diurut cermat-cermat. Sakit memang la sakit. Sampai gua niat nak dendam dengan tukang urut tu sampai mati. Tapi, konsep bomoh patah nie memang agak ‘senggama minda’. Lutut gua langsung tak disentuh. Urut apatah lagi la. Siap dapat pengeras plak tu. Gua ada tanya arwah, berapa dia kasik pengeras. Kata beliau, pesan Mak Long Nab suruh hulur RM25++.

Perghhh! Sangat easy money!

Gua tensen!




Datang jauh-jauh, dia hanya urut kaki kusyen rumah dia?





P/S: Hari tu, campur duit minyak kereta Pak Ngah A'aq, duit mak gua terbang 50 ringgit. Gua bajet Mak Long Nab dengan Pakcik ‘M’ nie ada komplot.


P/S: Ending? Kaki gua tak baik pun...seminggu lepas tu gua pegi theraphy kat Klinik Azam. Baru lega. 
  


Gambar gua cedok dari Iejam :: Minami

Monday, August 15, 2011

WWE Summerslam 2011 : Full Result



1. CM Punk def. John Cena, Alberto Del Rio cashed in RAW Money in the Bank briefcase (New Undisputed WWE Champion)

Nightmare gua sudah jadi kenyataan. Argh, ini sangat mindfuck!

Match untuk menentukan the true undisputed WWE Champion, since ada 2 champs dalam 1 masa. Dari awal lagi, gua bajet Punk mesti bleh kalahkan Cena (yeah, since I’m not a Cena fanfag), and I was right. Punk did beat Cena in that match, and suddenly the match was distracted by Kevin Nash. He emerged from the crowd and membelasah Punk & Cena sampai lembik! Champien kalo dah lembik, senang la diambil kesempatan oleh pemegang briefcase RAW Money in the Bank untuk dicashkan. Dan Alberto Del Rio (as expected) took this opportunity to knock the sub-concious Punk, to win his first WWE Championship.

“Winner of this match, and the newwwwwwwww WWE Champion, Albertooo Del Riiiiiooooooo” – Suara Justin Roberts

Cis! Alberto is the current WWE Champs? Gua emo....

2. Rey Mysterio, Kofi Kingston & John Morrison def. The Miz, R-Truth & Alberto Del Rio.

Kalo dalam Naruto, match nie kira macam ‘filler’ la. Tapi, yang bestnya, Shaman of Sexy aka John Morisson teamed up with Rey Mysterio and Kofi. Err, gua tak minat sangat Kofi, sebab character dia jenis-jenis suka meminta simpati crowd (Jenis-jenis HBK jugak). But damn, Alex Riley takde la plak dalam PPV kali nie. Gua bajet dia mesti jadi break-out star lepak dia buat hal dengan The Miz. Nahh, just to wrap it up, the good team has defeated the not-so-good team. Well done, Rey! (via top rope frog-splash on R-Truth)

3. Randy Orton def. Christian in a No-Holds Barred Match (New World Heavyweight Champion)

Randy Orton became the new World Heavyweight Champion. Match nie jenis No-Holds Barred. Maknanya, segala apa jenis blunt weapon bleh pakai untuk membantai. Tak disqualified. Tong sampah, Singapore Cane, Baseball bat, Steel pipe. Semua legal.

4. Mark Henry def. Sheamus (by count-out)

Gua fan Sheamus. Yeah, I’m a big fan of this pale-gross looking Celtic Knight. Dia punya Brogue Kick dia memang superb. Walaupun nampak macam ordinary bicycle kick, tapi Sheamus execute dengan sedikit leaping ability. Tu yang buatkan signature move nie nampak sungguh superb! Please find ‘brogue kick’ on youtube. Then, you’ll know what I’m talking about. Takde la gua cakap sorang-sorang. Heh!

Tapi, match dengan Mark Henry nie bukan tandingan dia la. Mana bleh Warrior lawan Silverback Gorilla. Memang tapau arr. Tapi, baca dari official WWE web, Mark Henry menang via Count Out. Kalo jenis-jenis menang simple nie, gua bajet Sheamus kena ‘World Strongest Slam’ atas meja commentator, then referee started counting, and Sheamus failed  to crawl himself back to the ring. Easy win.

5. Wade Barrett def. Daniel Bryan

Match nie gua bajet Barret menang mudah. And memang betul pun Barrett menang mudah. Daniel Bryan memang takleh compete physically dengan Barret nie. Nak fight pun, terpaksa guna leaping ability dengan aerial skills la. Tactical versus Brawler, memang lunyai arr Bryan. Cemana la mamat nie bleh jadi Smackdown Mr.Money in the Bank? Tak logic…tak logik.

*Barrett punya ‘wasteland’ adalah finisher paling bodoh selepas Cena’s Attitude Adjustment. Simple dan bodoh. Tengok pun dah tau tak sakit langsung. Huh!
  
6. Divas Champion Kelly Kelly def. Beth Phoenix
Macam biasa, gua tak amik port match-match Divas nie. Nak-nak plak bulan puasa. Mengurangkan pahala posa jer!

Sekian, gua melaporkan dari L.A




gambar gua cedok dari GameSpot Forum

Wednesday, August 10, 2011

Scene Tukar Juadah



** Gambar NSFBN (Not safe for bulan posa)

Budaya bertukar-bertukar juadah time berbuka.

Hidup lagi ker budaya nie?

Budaya bertukar-tukar juadah nie dulunya amat popular dan amat kerap dilakukan antara jiran-jiran tetangga khususnya time bulan posa. Kaum-kaum ibu akan membungkus beberapa jenis hidangan or juadah untuk disedekahkan ke rumah jiran terdekat. Tak sedap plak gua guna perkataan ‘membungkus’, macam bukak kedai runcit. Tak bungkus pun, susun kuih elok-elok dalam pinggan, then hantar la ke rumah jiran. Yang tukang despatch, anak-anak la.

(flashback) 22 tahun dahulu...

Masa tu, umur gua baru masuk 6 tahun. Level puasa masa tu, arwah mak gua tak berapa harap sangat gua puasa penuh. Cukupla sekerat hati (sampai pukul 12 tengahari). Tu pun dah kira hero. Lepas Zohor, teguk air teh panas sepam dua, gua akan keluar bermain ‘aci-ligan’ dengan Jan, Lan Botak, Pian, Kembar Adik-Abang dan Pin. Kebiasaannya. gua akan balik rumah secara otomatik tepat jam 4.30 petang kerana  job ‘despatch kuih’ gua akan bermula (dah macam tahu-tahu dah).

“Nah, hantar kat rumah Kak Baqyah dengan Maksu Leha” pesan arwah mak gua sambil menghulurkan 2 pinggan kaca berisi timbunan beberapa jenis kuih, yang ditutup dengan alas suratkhabor. Baunya memang stim. Bulan puasa wei, bukan selalu dapat makan kuih buah melaka dengan lepat pisang.

Gua sambut pinggan-pinggang tersebut dengan cermat. Sesekali gua cuba mengimbangkan komposisi timbunan kuih agar kertas suratkhabor tak jatuh.

“Huui...banyaknya mak?”
“Ada lagi 2 pinggan nak kena hantaq. Nanti dah sudah, mai balik amik 1 pinggan lagi. Hang hantaq kat rumah Mak Long Hendon pulak, tau.”
“Owh, Mak Long Hendon dekat ja. OK, Mat pi dulu...”
 “Jalan elok-elok. Jatuh kuih tu, mak cubit hang”
“OK bos.” balas gua tanpa banyak bunyi. Masa kecik-kecik, budi pekerti gua memang superb.

Maka berjalanlah gua terketeh-keteh menuju ke rumah yang diarahkan oleh mak gua. Sampai di rumah Kak Baqyah, gua passing pinggan berisi kuih pertama. Kak Baqyah dengan arwah mak gua memang kamceng. Geng masa zaman-zaman kerja kilang Pentex. Anak dia si Jan tu la, yang selalu main ‘aci ligan’ dengan kami petang-petang.

“Mak hang buat kuih apa hari nie, Mat?” soalan lazim yang ditanya oleh Kak Baqyah bila muka gua terpacak depan pintu dia.
“Bihun sup sama lepat pisang dengan Buah Melaka!” balas gua tersengih.
“Hang memang suka betoi kuih tu. Hang posa tak hari nie?”
“Err...”
“Hemph, tak posa la tu. Aku dah tau dah. Tu satu lagi pinggan tu nak hantaq rumah sapa pulak?”
“Rumah Maksu Leha ” jawab gua kemas.
“Dah habih rumah maksu, mai sini balik tau. Kak Baqyah nak ‘balas’ pinggan mak hang”
“OK..”

Perkataan ‘balas’ tu la yang paling gua suka bila buat job nie. Bila gua dah selesai hantar kuih, normally gua akan singgah balik ke rumah-rumah tadi untuk collect pinggan mak balik. Biasanya, jiran-jiran nie akan kasik balik pinggang mak gua, berisi juadah yang diorang masak pada hari tuh. Kadang-kadang, diorang ‘reply’ mee kari. Ada yang superb sket, macam Kak Baqyah nie, dia suka reply cucur udang+kuah kacang. Pergh!

Malam tu, berbuka puasa memang variety. Mak gua masak 2 jenis, tapi kat depan mata gua nie ada lagi extra 4 jenis, hasil ‘balas’ tadi. Begitulah seterusnya sampai habih bulan puasa. Nie gua baru cerita yang gua ‘submit’ gerenti ‘balas’ je. Yang bab gua balik pinggan ringan gua nak malas cerita.

Kadang-kadang gua mengeluh jugak. Apsal arwah mak still suruh gua hantar kat orang yang tak suka benau nak membalasnya? Arwah mak hanya tersenyum. Namun, dalam senyuman itu, sempat juga dia sekeh kepala gua. Pesan dia kat gua, budaya ni pelarasan motifnya hanyalah untuk mengeratkan pertalian ukhuwah dan mengeratkan perpaduan dalam institusi kejiranan. Semua orang dah tahu, segala amalan-amalan yang baik di bulan Ramadhan dah sah-sah ganjarannya berlipat kali ganda. Kalo kat dunia orang dah balas dengan makanan, kat akhirat ganjaran Allah memang tak terkata. Kalo orang tak balas, kita jangan mengeluh. Memadailah kita niat ikhlas untuk bersedekah.

Gua mengangguk-angguk tanda faham. Sakit jugak kena sekeh!

(end of flashback)


Skang gua perati budaya nie dah macam tak berapa nak up dah. Institusi kejiranan dah lebih kepada buat hal sendiri. Yer la, keluar pegi kerja time matahari belum naik lagi. Balik kerja pulak dah malam. Bila nak ada masanya nak bertegur sapa dengan jiran. Sabtu Ahad? Baik lepak dalam rumah ja. Or keluar meronggeng. Ye dop?

Nak-nak pulak harga barang skang dah main naik. Gula dah RM2.30 sekilo. Tu tak masuk tepung gandum lagi. Minyak masak? Lagi la mahal. So, bila barang dah mahal, masak pun dah amat jarang. Baik makan kat luar aje. Bila dah masak, better telan sendiri-sendiri. Gua rasa, kalo la harga barang masih murah, masyarakat still dapat hidup selesa. Tak la mewah sangat, at least orang tak rasa kehilangan sangat ketika nak bersedekah. Nie baru passing ayam goreng 2 ketul kat jiran sebelah, kepala dah memikirkan kos minyak, kos ayam, kos tepung goreng.

Nak hidupkan balik budaya nie? Turunkan harga barang dulu. Cemana nak turunkan harga barang? Pergi sembang dengan geng-geng politik. Diorang lebih ‘tahu’.

Sebenarnya, gua post entri nie sebab something yang berlaku petang semalam. Gua dengan Banker tengah rilek-rilek tengok TV sambil tunggu waktu berbuka, ada la lagi setengah jam. Tiba-tiba gua dengar ada orang kasik salam. Kami memandang sesama sendiri. Terpinga-pinga. Ada orang nak mintak sedekah ke? Pelan-pelan gua bangun dari couch, selak celah-celah tirai nak usyar sapa pulak nak mintak derma nie. Namun, apa yang gua nampak, Farid jiran rumah sebelah rumah gua terpacak depan pintu pagar dengan ditangannya memegang pinggan berisi nasik.

Setelah mengenakan beberapa pakaian sopan, gua keluar ke muka pintu dah menyambut makanan yang Farid nak sedekah tu. Fuh, mata gua berkaca. Budaya yang satu masa dulu gua sayang, yang gua sangka dah ditelan zaman, tiba-tiba muncul kembali semalam. Berdesup! Tak semena-mena gua teringat kat Arwah Mak (dan kepala gua tiba-tiba rasa sakit disekeh).

Cepat-cepat gua sedekah Al-Fatihah kat beliau, moga-moga rohnya aman disana.

Al-Fatihah.



Now, pinggan Farid ada kat gua. Apa plak yang gua nak ‘reply’ nie? Ada cadangan?


Sunday, August 7, 2011

JPU : Day 4

Jurnal Puasa Ucin (JPU) : Day 4


  1. Hari ni gua kena travel ker Kerteh atas urusan kerja. Plannya, gua kena jemput member opis gua Risdi dekat Stesen Putra Gombak pukul 6.30 pagi. Lepas sahur apa yang patut, gua dah tak sambung tido balik dah (macam hari-hari biasa). Tapi, gua nak gi Kerteh nie, serba salah sikit sebab Banker Permatang Pauh tak berapa sihat. Risau plak gua bila dia terpaksa drive pegi opis sorang-sorang.
  2. Pukul 6.30 gua terpacak di Stesen Putra Gombak dengan WUS gua. Tup tup Risdi SMS, dia baru keluar rumah. Arghh, tekanan. Gua melopong dalam kereta sambil layan lagi Justin Bieber. Walaupun gua bukan seorang ‘Beliebers’, tapi ada la 2-3 lagu JB gua dapat siulkan dengan steady. Jangan main-main dengan gua.
  3. FYI, Risdi dah nak benti. So, tujuan dia heret gua ke Kerteh nie adalah untuk handover/train gua cemana nak buat PM (Preventive Maintenance) untuk IT storage NetApp. Gua sungguh-sungguh takmo pergi pada mulanya, sebab gua memang tak berapa ngam kalo main dengan storage. Kalo bab-bab setting Email Server, gua rasa gua OK!
  4. Risdi sampai pukul 6.50 pagi. Menyesal plak gua plan pakai janji melayu. Kalo gua kasik janji Cainis, gerenti mamat nie on-time! Kami gerak ke Kerteh sejurus selepas itu.
  5. Pukul 9.45 kami berdua dah keluar tol Jabor (bunyi macam lucah!). Ni kali pertama gua drive ke Kerteh. Jalan pagi tu sungguh steady. Gua tekan satu enam, satu lapan tanpa perlu pikir masa depan. Gua dah sound Risdi awal-awal, dia jangan gatal-gatal nak tido. Dah la gua tak tau jalan. Kang sesat sampai ke Besut, gua sekeh dia. Dia macam nak tanak jer layan gua.
  6. Dalam keta, Banker SMS gua. Dia kata dia nak amik MC sebab tak berapa sihat. Aiseh. Gua cemas sket. Bab-bab isteri sakit nie bukan boleh buat main-main. Kena cepat bertindak. Gua janji dengan dia, gua akan sampai sebelum berbuka. Gua akan usahakan!
  7. Hari nie kami nak kena cover 3 tempat. 1st tempat kat PPTSB (Petronas Penapisan Terengganu Sdn.Bhd), Petronas-PMO dan iPEC (iPerintis East Coast). Kami sampai PPTSB pukul 10.40 pagi. Kat sini la Risdi akan train gua cemana nak buat Preventive Maintenance kat NetApp storage. Kat sini pakai 2 disk shelves, 8 TB. PM nie, tak berapa susah sangat, lap-lap equipment, check-check LED dengan prepare PM report. Ceh, benda simple. Gua ingatkan nak ajar setting RAID-DP ka, ONTAP ke…teruja la sket. #LOL
  8. Cuaca kat Kerteh memang panas terik dowh. Nak-nak plak sepanjang-panjang jalan tu kiri-kanan power plant. Dia punya bahang memang super hangat. Risdi bagitau, suhu normal Kerteh adalah 38 darjah Celcius. 38-39 memang tak lari tiap-tiap hari. Baru pukul 11, gua dah terasa nak tunggang botol Tropicana Twister. Haus shiatt!
  9. Meeting kat PMO dengan iPEC. Ada beberapa focal person yang Risdi introducekan kat gua sebelum dia resign. Semua pangkat GM dengan Senior System Engineer jer. Terasa agak kecut sket. Kalo level-level exec macam gua, bleh arr gua bertepuk tampor. Dua-dua meeting setel pukul 2.50 petang. Risau plak gua kat Banker. Gua dah berkemas nak gerak balik KL.
  10. Orang kata, dah sampai Kerteh or Kemaman, keropok lekor, Satar, dan serbuk kopi Hai Peng memang jadi kemestian untuk dibeli buat buah tangan. Jalan balik dari Kerteh nak keluar ke Kemaman memang sedikit jem walaupun baru pukul 3.15 petang. Memang orang Kerteh jenis balik awal time bulan puasa. Heaven gila kerja kat sini!
  11. Banker SMS gua, dia kata dia baru balik dari ambik klinik. Tapi, dia bukan stakat bawak balik ubat, tapi dia bawak balik 2 barang best. Nak tengok, sila balik cepat. Aiseh, bini gua nie main suprise-suprise plak. Gua drive balik pun tak berapa tenang. Eksaited, apa benda la bini gua nak tunjuk nie? Dalam kepala gua, mesti Domino’s Pizza, takpun set Gerudi berjenama Black Decker. Set gerudi? Macam mustahil pun ada sikit-sikit.
  12. Gua dengan Risdi singgah Kemaman beli buah tangan. Gua angkat Satar 10 bijik, keropok lekor RAW 2 bungkus. Keropok-keropok lekor kat Terengganu dijamin lebih ikan dari tepung. Warna pun lain, rasa lagi la mantap! Risdi tibai 2 bungkus air nira, pulut panggang 10 bijik  dengan air kelapa Madu 2 bungkus. Saja buat standby, takut-takut stuck kat highway, ada air nak buat berbuka. Kami gerak balik secepat mungkin. Kami kalo boleh takmo berbuka puasa bersama dalam kereta, terasa amat gay disitu.
  13. Gua lepas Temerloh pukul 5.45 petang. Prestasi pemanduan gua pun tak berapa steady sangat dah, sebab gua asek memikirkan apa la ‘2 benda’ yang Banker katakan tadi. Gua maintain satu empat ja. Malang tak berbau, sial betul ada polis lepas Temerloh tu. Tak pasal-pasal gua kena speed-trap! Argh,  malang sangat trip gua hari ni!
  14. Berjaya Exit tol Gombak pukul 6.50 petang. Drop Risdi kat Stesen Putra Gombak, gua rush balik rumah. Kelihatan Banker tersenyum bukak pintu gate. Sesekali beliau angkat kening tanda tak sabar-sabar nak revealkan ‘surprise’ yang beliau maksudkan. Gua park kereta kemas-kemas, then masuk dalam rumah.
  15. Gua bukak pintu…..dan…..(ark)
  16. Gua terduduk. Kepala lutut gua rasa sedikit goyang. Dada gua berdegup kencang, diikuti goose-bump di keliling tengkuk. Macam orang yang baru nampak hantu, mulut gua tak putus-putus melafazkan ‘tiga ratus…..tiga ratus….tiga ratus….tiga ratus….’



P/S : Gua tak sangka bini gua beli betul-betul. Inilah scene MC yang paling rare yang pernah gua tempuhi. Balik dari klinik, bukan stakat bawak balik ubat, siap bawak perabot skali. #LMAO


P/S : Agak-agak koghang, saman speed-trap berapa ek? Tiga ratus kan? Gua dah nak kena start kumpul duit nie...

Saturday, August 6, 2011

JPU : Day 1

Jurnal Puasa Ucin (JPU) : Day 1


  1. First day puasa. Pergh, dia punya penat memang gua takleh hendel mula-mula. Lama tak training. Pegi opis memang lemau. Dahaga, sebab masa sahur, gua lupa bilas dengan air masak. Instict gua kata, puasa gua hari nie memang masak la.
  2. Sampai opis, gua dapat berita buruk. Nazri plak bleh cuti. Bila mamat nie cuti, kerja-kerja dispatch automatic jatuh ke tangan gua. Cilakak! Belah pagi gua cover bank-in cheque kat 5 bijik bank. Belah petang gua kena hantar satu dokumen dekat Mailing Room Petonaih. Gila betul jalan kaki bawah basement. Nak mencari service lift satu hal. Jalan kaki almost 500m nak sampai ke Pos Malaysia Mailing Room. Dia punya berkuap dalam tunnel tu memang macam iblis. Basah baju gua. Baru pukul 2.30 petang, gua dah terasa nak minum air sirap. Haus!
  3. Time bulan puasa, opis hour gua habih pukul 4.30 petang. Heaven! Tapi, gua takleh blah awal, sebab opis hour Banker Permatang Pauh habih pukul 5.15 petang. Gua haus tahap kronik! Air liur gua dah tak mampu nak support.
  4. Dah setel pickup bini gua, gua gerak balik rumah ikut Sentul. Dia punya jem, MasyaAllah…cerita banyak tak guna. Sampai motor takleh cilok apa kejadah weiii? Habih pahala posa gua maki driver kereta yang tak reti nak drive dalam line.
  5. Pasar Ramadhan Gombak ada 2. Satu di GreenWood. Satu lagi kat Sri Gombak area-area rumah gua. Di Sri Gombak, location dia dekat tapak pasar malam. 1st day puasa, orang ramai memang malas nak masak. Semua nak lepas gian pegi beli nasik kerabu dekat #param (pasar ramadhan). Orang memang ramai. Berhimpit-himpit ditempat sesak memang bukan kebiasaan kami laki bini. Rimas kawe! Beli air asam boi bungkus besar satu, gua gerak balik.
  6. Air asam boi diisi dengan 2 bijik asam memang sexy! Azan jer gua tibai air 4 gelas. Banker Permatang Pauh geleng kepala. Dia cakap gua puasa macam budak-budak. Lantak la, dia tak merasa betapa hausnya menapak dalam basement KLCC yang super berkuap! 1st day puasa setel. Gua kembung air! Heavennnnnnn!

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tahun Nie Gerenti Mantopps!



Bulan puasa datang lagi tahun nie. Alhamdulillah, tahun nie gua still lagi dapat merasa berpuasa. Bukannya apa, dah tua-tua nie, kadang-kadang potensi nak ‘gol’ awal tu, agak tinggi. Dengan rokoknya la, bahaya rempit jalanraya la, sakit jantung tengok bil-bil rumah la, antara punca-punca lelaki tak sempat nak beraya la. So, Alhamdulillah, gua still bernafas, still alive and kicking!

Bila describe pasal puasa nie, benda pertama yang terlintas kat kepala otak gua, ialah nafsu untuk melawan ‘keinginan tak puasa’. Kahkahkah! Kalo dulu, time zaman budak-budak, iman memang tak berapa kukuh sangat. Asal nampak toilet/bilik air jer, gerenti puasa setel! Yer la, tengah-tengah hari rembang bantai main ‘aci-ligan’ dengan kutu-kutu kampung. Sebelum main, niat takmo lari sungguh-sungguh sangat. Tapi, game dah separuh jalan, tahap eksaited dah bukan main. Lari laju-laju pun dah sedar. Seronok punya pasal. Balik rumah pukul satu, lidah terjelir macam unta haus. Masuk bilik air alasan nak mandi petang, padahal dok **srot srot air paip. Dia punya feeling time tu, memang stone. Air paip tu dah rasa sedap macam air laici Tropicana Twister dah. Tekak yang haus dan berjaya dibasahkan. Memang heaven!

Tapi, langit tak selalu cerah, 13 hari lepas tu, gua terkantoi dengan arwah mak. Fuh, mak mana tak mengamuk kalo anak dia tiaw dia time bulan puasa. Berbirat belakang gua arwah mak tibai dengan tali pinggang GQ (talipinggang ada besi kat hujung-hujung, top masa zaman gua sekolah rendah). Perit gua tak sanggup nak cerita. Seminggu gua tido meniarap.

Sejak peristiwa tu, gua insaf. Gua puasa penuh sampai habih universiti. Bila dah masuk alam karier nie, ada la sket-sket tuang 3-4 hari, tu pun sebab sakit-sakit or malas nak puasa. LOL! Tapi, bila dah jadi kawen, dah jadi ketua keluarga nie, gua takleh dah skip-skip puasa. Gua kena kental, kental untuk meyakinkan Banker Permatang Pauh yang bole lead keluarga yang baru gua bina nie. Semangat gua tengah membara nie. InsyaAllah, gua boleh!

So, bab-bab ponteng puasa nie, serba-sedikit teknik-teknik nak performnya gua dah tau. Banyak lagi skill-skill padu, tapi better gua simpan je la sebagai kenangan yang boleh buat gua gelak time dah bertongkat nanti. Apa yang pasti, bakal anak gua nanti (InsyaAllah) jangan harap la nak dapat melepak dalam bilik air lama-lama time Ramadhan. Trick-trick nie, bapak dia muda-muda dulu dah prektis. Siap la dia kalo kantoi, berbirat beb! Mesti berbirat. Hehehehehehe!

So, dikesempatan nie, gua laki bini (Banker Permatang Pauh) ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kutu-kutu yang pernah/jarang/selalu/kadang-kadang singgah kat blog gua nie. Walaupun hanya blog walking, tak komen, tapi singgahan anda disini gua anggap korang still lagi ingat kat gua. Itu pun dah memadai.

Barkat! Selamat! 

**srot srot
Perbuatan mengisap air pili melalui getah paip. 

P/S: Tempting betul gambar diatas. Dayyummm!

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.2


Kredit to Majalah Ujang & Bijan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...