Adalah diceritakan bahawa pagi Isnin lalu berlangsungnya satu lagi course yang dikendalikan oleh Nautilus UK di Crowne Plaza Hotel. Seperti biasa, tugas gua dalam meng’hendel’ event-event macam ini keseluruhannya berkenaan dengan susun atur meja peserta dan beberapa tugas-tugas teknikal seperti selenggaraan Sistem Pembesar Suara dan menghidupkan kefungsian projektor LCD untuk digunakai oleh tutor-tutor yang rata-ratanya dari Eropah. Paling dekat pun dari Australia . (baca dengan satu nafas panjang, sebab gua tak tau kat mana nak letak ‘full-stop’)
Opis bini gua dan Crowne Plaza hotel jauhnya hanya beberapa blok. Pendek kata, kalo jalan kaki, tak sempat nak berpeluh pun. So, disebabkan beliau secara rasminya menjadi pembonceng teragung gua tiap-tiap hari (yup, tiap-tiap gua kena hantar dia pergi kerja), jadi dia dengan besar hati ingin membantu gua dalam menguruskan susur-galur acara di Crowne Plaza . Jam kat tangan baru pukul 7.45 pagi. Ada lagi sejam lagi sebelum masuk waktu opis beliau katanya. Bak kata pepatah, orang dah nak tolong, jangan buat kerek, ye dop? Pelawaan beliau gua accept tanpa segan silu, walau ego dalam diri sepayah-payah menafikan bantuan itew!
Tahun nie dah masuk tahun ke-3 gua jadik local representative untuk projek Nautilus campaign nie. Keakraban gua dan staff-staff banquet Crowne Plaza dah macam buddy-buddy. Almost 70% staff banquest level 30 Crowne Plaza yang dah biasa assist untuk course Nautilus gua kenal. Tetapi pagi itu, diorang semua tersentak pabila bertembung dengan gua kerana gua ditemani oleh Banker Permatang Pauh. Baik yang bangla, budak-budak melayu dan head staff berpangkat auntie semua ternganga. Sebelum nie gua hanya datang sorang, ditemani dengan seketul beg portable projector yang beratnya macam kucing Parsi.
“Ini bini gua…dia saja datang nak tolong..”
Ayat ringkas diatas gua reply kemas kepada setiap staff-staff banquet yang dari tadi dok angkat-angkat kening kat gua. Maybe diorang ingat gua datang dengan awek, memandangkan gua tak pernah bagitau diorang yang gua nie dah kawen! Ceh, takkan gua nak bagitau semua benda. Lu ingat gua layer #retis-retis ke?
Bini gua menghulurkan bantuan dalam segala hal. Baik dari bab-bab menyusun training manuals atas setiap meja, hinggalah kepada menggulung kabel-kabel elektrik yang panjang. Dasat kan ? That’s my lady, mehhh! Lebih kurang setengah jam selepas itu,semua kerja-kerja setting selesai. Manuals pun dah dah susun, projektor pun dah menyala, sound system pun dah marbelles. Time to send Banker Permatang Pauh back to her office. Ada lagi 15 minit sebelum beliau punch-in. Gua harus segerakan, takut dia plak kena sound dengan Head Department. Kesian.
10 minit berlalu. Setelah gua selesai drop beliau di depan Wisma Hong Leong, gua pun kembali ke Crowne Plaza . Task gua masih belum habih sebenarnya. Setiap participant yang datang, gua harus guide dalam urusan-urusan pendaftaran. Kat mana diorang perlu duduk, kat mana mesin coffea maker, kat mana washroom, safety briefing, semua gua kena pastikan diorang kena tahu dan berjalan lancar. Ini adalah routine-routine normal yang dikeluarkan oleh pihak Nautilus UK dalam memastikan perkhidmatan yang kami provide mengikut sukatan piawaian yang mereka tetapkan. Begitulah dedikasinya kami sebagai service company dan local representative di Kuala Lumpur .
Tugas gua akan selesai selepas Crowne Plaza Safety Manager selesai memberi taklimat dalam soal-soal keselamatan semasa berkursus. Bagaimana nak akses tangga kecemasan kalau berlaku kebakaran, route mana yang boleh diguna pakai ketika kecemasan, kat mana assembly point dan lain-lain. This is to ensure takde guest yang cuba terjun dari tingkat 30 kalo berlaku kebakaran betul-betul. So, selesainya safety briefing, bermakna berakhir la tugas gua pagi itu. Biasanya gua tak terus balik opis. Gua akan standby dalam sejam dua kat level 30, takut-takut ada immediate request dari Tutor yang memerlukan gua berlari kesana-kemari.
Kalo bab-bab standby nie, part paling gua suka adalah breakfast. Coffea beserta segala juadah breakfast-of-the-day untuk guest, semuanya free. Gua boleh tibai suka-suka hati. Habih jer kuih or roti-roti sedap, diorang akan refill lagi. So, sampai lunch pun menu breakfast tu takkan habih. #LOL. Gua pulak dilayan macam raja woooh! Sebut ja “Kopi Satu”, bebudak banquet akan terus tuang tanpa banyak bunyi. Kehkehkeh!
Hehehe...best,kan?
Tengah-tengah gua hirup kopi, datang 2-3 budak-budak banquet merapati meja gua. Nie mesti nak ajak bersembang lettew!
“Bang…abang dengan wife abang, beza umur berapa tahun?” - tanya Mazni, salah seorang staff banquet disitu. Baik budaknya, duduk di Sentul Timur.
Gua tersentak. Pelan-pelan gua letak cawan kopi kemas dalam piring.
“Err…kenapa pulak korang tanya?” - gua bingung. Tanda soal besar mula timbul diatas kepala ini.
***
“Macam muda jer. Abang kawen dengan budak baru grad Universiti eh?”
Mendengar kenyataan 'berani' tersebut, gua jadi panas. Gua bingkas bangun dan mengkarate meja lepak tersebut hingga terbelah dua.
“Hampeh! Gua dengan dia sebaya larh!” - balas gua sambil menahan sakit di pergelangan tangan.
Gua segera beredar dan meninggalkan mereka terpinga-pinga.
Pegi jahanam sama itu standby.
Hati gua terguris.