Thursday, January 27, 2011

Awak Quote, Saya Post..Amacam? #1



" Nak ke mana, kamu bertiga....jangan sampai bangunkan naga!! "
M.Nasir (Naga Tasik Chini), Magika 2010

p/s: Tabik spring sama KRU. Filem nie memang terbaek. Kalo omputih ada banyak fairy tales dalam 'Shrek', kita pun ada banyak fairy tales dalam 'Magika'.

Gambar dicedok dari Sinema Malaysia

Wednesday, January 26, 2011

Arsenal Mara, United Belum Tercirit

Huargh!..(dimulakan dengan menguap...)

Pagi tadi berlangsung perlawanan Separuh Akhir ke-2 antara Arsenal & Ipswich Town. Starting line up Arsenal pagi tadi menampakkan yang Arsene Wenger serius nak menang trophy season nie. Szczesny, Koscielny, Djorou, Clichy, Sagna, Denilson, Arshavin, Fabregas, Wilshere (terbaik!), RvP dgn Bendtner. Ipswich dengan advantage 1 gol dalam tangan semasa menang di Portman Road, tampil dengan taktik 'bertahan sampai ke akhir hayat', yang mengharapkan keputusan penuh malam tadi sekadar seri 0-0.Simpan saja mimpi itu. Gol dari Bendtner, Koscielny dan Cesc Fabregas terus melenyapkan harapan 'budak-budak Pekan' untuk mara ke final di Wembley nanti. Pergh,bongkak sungguh ayat gua.

Berikut adalah beberapa sorotan detik-detik jaringan dari para pemain The Gunners yang beraksi hebat pagi tadi. Tepuk..tepuk!

(1-0) Jaringan Bendtner yang berjaya mem'boost' moral anak-anak buah Pak Wenger

(2-0) 'Hiyarghhh!!' tandukan mantap Koscielny menjarakkan kedudukan agregat menjadi 2-1

(3-0) Fabregas Soler sealed the victory dengan menjaring gol ke-3 hasil lorongan kemas Andrei Arshavin

'Gua kompom merasa angkat Cup tahun nie...isk..isk..isk..'

Kalo nak dirumuskan (pergh..ayat!) aksi semalam, gua rasa tahun nie Arsenal ada harapan cerah nak mengakhiri kemarau tanpa Silverwares. Harap-harap mentality pemain-pemain lebih kental dan lebih fokus untuk menang di Wembley nanti. Syabas The Gunners. Tak sia-sia gua bangun pagi tadi. OK, sekarang, sambung tido balik!


Sementara itu di Bloomfield Road....



Jadah hapanya 'KOLAM HITAM' boleh kalah dengan 'SETAN MERAH'..dah la leading 2-0. Bleh kena 3-2..Budus...budus...budus (namblas kali)


p/s: Tengok dari cara gua ulas, ada chance rasanya nak ganti 'Hasbul'..keh keh keh! (mode up diri sendiri)

Sumber gambar dicedok dari DailyMail UK dan Blackpool FC Blog

Monday, January 24, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa...#1

Gua tarak kena mengena dalam gambar nie

Tahun 1992

Walaupun baru darjah 3, gua adalah antara budak Sekolah Kebangsaan Sg.Setar yang amat digeruni satu ketika dulu. Bukan kerana faktor fizikal gua, tapi kerana ke’dasat’an gua dalam mengungguli sukan guli. Pergh, sungguh hebat gua rasa pada zaman tu. Walaupun pada ketika itu fesbuk masih belum wujud, namun bukti kehebatan gua sudah diperdengarkan di seluruh Kampung Simpang Tiga. Gua rasa, kalo ada fesbuk time nie, satu town Nibong Tebal mungkin kenal gua!

Pada ketika itu, gua satu-satunya mamat yang mempunyai koleksi kutipan guli yang paling tinggi dalam kampung Simpang Tiga. Sekali sekala tiap-tiap hujung minggu, gua akan mengira jumlah guli yang berjaya gua ‘rampas’ dari kutu-kutu kampung. Ada la lebih kurang 800++ bijik.  Nilai kutipan ini memerlukan 5 tin besar susu DUMEX sebagai ruang penyimpanan.

Biasalah, kalau dah simpan guli banyak-banyak nie, ruang penyimpanan gua mesti efisyen dan lengkap dengan sistem sekuriti yang mantap. Ini kerana, banyak gua terima ugutan-ugutan mengarut dari Jan, Duan anak Pak Hassan Tampong dan Lan Landak yang bertekad mahu mencuri koleksi gua bila ada peluang. Memang gampang,kan? Mujurlah gua berjaya membuat deal dengan Kak Ina, kakak sepupu gua yang pernah obses dengan teknik bermain guli gua pada ketika itu. Mengikut perjanjian, beliau bersetuju menjadikan ruang bawah katil beliau sebagai tempat persembunyian koleksi guli gua, dengan bayaran 7 bijik guli setiap minggu.

Kalau beli guli kat kedai Ah Chet, 7 bijik guli gua boleh beli dengan harga 10 sen (pada ketika itu la). Tapi, kalau dah namanya ‘superstar’ kampung, 7 bijik tu tiap-tiap hari gua boleh kasik free kat Kak Ina! Apalah sangat amaun tu kalo nak dibandingkan dengan hasil untung yang gua kaut tiap-tiap petang. Kah kah kah!

Baik dalam main ‘kandang’,‘urat’ mahupun ‘parker’, kepakaran gua dalam mem’parker’ (teknik tuju) sememangnya menggerunkan pihak lawan. Tiap-tiap petang lepas mengaji, gua akan bertandang ke port guli rumah Pyan untuk mengaut keuntungan. Biasanya gua hanya akan bawak 11 bijik guli. Buat modal. ‘Gun’ gua (‘guli ibu’ mengikut definisi setengah-setengah orang), yang beri nama ‘Gun Mamat’ memang sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam membunuh, mentitik dan memecahkan ‘gun-gun’ pihak lawan. (disebut sebagai ‘goon’, bukan ‘gun’ senapang tuh!).

‘Gun Mamat’ mempunyai kisah retoriknya yang tersendiri. Dulu, pernah Jan bertanyakan gua macamana nak ‘bela’ gun ini untuk lebih konsisten. Rumours yang gua dengar dari ‘King’ guli daerah Teluk Ipil memang betul-betul tahyul. Depa percaya yang ‘gun’ boleh membesar jika dijaga dengan rapi. Bukan membesar jer, tapi siap boleh improves accuracy time nak ‘parker’ lagi tuh! Untuk menjadikan ‘gun’ korang power, setiap malam sebelum masuk tido, ‘gun’ itu mesti direndam dalam kolah bilik mandi rumah masing-masing. Nak lebih afdal, rendam dalam kolah masjid! Seelok-eloknya jam 10 malam keatas. Tapi awas, ada pantang larangnya. Bila dah rendam, sape-sape pun takleh guna bilik air tu sampai azan subuh, kerana dikhuatiri akan mengganggu proses tumbesaran guli tersebut. Gua penah jugak try skali, tapi lepas kena tempeleng dengan arwah mak, terus gua stop. Gila apa takleh guna bilik air time tengah-tengah malam!

Setelah puas mem’potek’ Pyan, Pin, Jan dan Lan Landak, gua biasanya akan pulang sambil tersenyum. Kiri kanan poket gua memang penuh dengan hasil kemenangan. Untuk pengetahuan semua, route balik gua dari port rumah Pyan, secara automatiknya akan melalui halaman rumah Toksu Bibah. Biasanya sekitar pukul 6.45 petang, Toksu Bibah akan berkeliaran di halaman rumahnya untuk mengait buah cermai.


Untung banyak ka hari nie, Mat?” tanya Toksu Bibah sambil mengunyah buat cermai.

Ada la sikit Toksu, dalam 80 bijik…” jawab gua dengan yakin.

Tu awat jalan kengkang tu? Getah pinggang seluaq hang putuih ka?” tanya beliau dalam nada yang menyindir.

Tak dak aihh…kiri kanan poket penuh guli. Kalo tak pegang pinggang seluaq nie, satgi terlondeh plak..” jelas gua untuk menjernihkan keadaan.Takut dia pikir lain plak...bahaya.


4 baris dialog diatas adalah perbualan normal gua tiap-tiap hari dengan arwah Toksu Bibah. Tu jer dialog tetap kami tiap-tiap hari, berlarutan hingga gua habih darjah tiga. Jumlah ‘potek’ nie kadang-kadang ikut mood. Kalo gua tak berapa boleh fokus ketika main, dalam 60 bijik jer la gua bawak balik. Tapi kalo hari tu mutu permainan gua ‘ekselen’, mau dekat 100 bijik jugak gua boleh kaut. Ikut nasib.

Tapi, kemantapan gua sentiasa mengundang iri hati dan bengkek di kalangan kutu-kutu kampung. Pyan sebagai tuan punya kandang atau event organizer, pernah mengharamkan gua dari menjejak kaki ke port beliau, kerana takut guli-guli mereka habih di’potek’. Pin toksah cakap la. Hari-hari menangis sebab balik dengan tangan kosong. Jan pernah 'leaks' kat gua, disebabkan terlalu sakit hati, Pin pernah mintak doa kat Allah lepas semayang Jumaat, supaya tangan gua ‘pengkaq’, dan gua akan hilang focus semasa bermain. Begitulah seriusnya permainan guli time zaman gua kecik-kecik dulu.

Namun, semua ini gua hadapi dengan tabah. Biasalah, hero mana boleh sentap,kan?

Malah…

Mutu permainan gua makin konsisten. Dalam masa 3 hari, gua berjaya menambah satu lagi tin DUMEX, menjadikan keseluruhan kutipan gua mencecah 6 tin. Gua punya gumbira toksah dok kata la time tu. Ratio penjualan guli di kedai Ah Chet tiba-tiba meningkat, kerana budak kampung tak putus-putus memborong guli di kedainya. Habih kena ‘potek’ je, kayuh basikal ke kedai Ah Chet. Maunya tak kaya apek tuh!

Segalanya berakhir bila gua dapat result peperiksaan darjah 3. Buat kali pertamanya, gua dapat nombor 3 dalam kelas. Sebelum-sebelum nie, gua maintain nombor 2 je. Time tu, nombor 1 selalu dikebas oleh Syahanim Salleh (skang dah jadi doktor kat Hospital Seberang Jaya). Entah cemana, gua punya result boleh jatuh satu anak tangga plak. Mengamuk la arwah mak. Alasan beliau, main guli boleh konsisten, kenapa study takleh konsisten? Aduh…alasan arwah memang konkrit. Gua tak dapat nak melawan. Amukan arwah mak memang buat gua kecut. Tak cukup dengan penampar, 6 tin DUMEX koleksi peribadi gua melayang straight.......ke dalam sungai Kerian.

Hati gua luluh…



Tahun 2010

Lokasi: Sunway Lagoon (Amusement Park)

Gua, Banker, Mie & Dayah (adik ipar gua) pegi berhibur sambil nak rilek-rilek kepala hotak di Sunway Lagoon. Ketika merentasi perkarangan ‘Pirate Revenge’, gua terpandang Amusement Park, yakni tempat main permainan kanak-kanak yang kalo terer sket boleh dapat Teddy Bear. Alarh, tempat main tangkap-tangkap itik, baling dart kat belon, tuju tin…tempat-tempat camtu la. 

Cantek! Idea sudah mari.

Dah nampak teddy bear nie, gua saja la nak buat romentik-romentik, konon nak buat seprais dekat bini gua dengan memberi beliau sebuah Teddy Bear hasil dari main benda-benda kat situ.

Dengan machonya, gua arahkan Banker duduk di kerusi menunggu. Gua bagitau dia, gua nak hadiahkan Teddy Bear kaler Pink ala-ala Mr.Lotso dalam Toy Story III tu. Gua mengeluarkan RM4 dari kocek dan terus ke kaunter Token. Niat gua, gua nak menang 1st prize kat Booth No.4, tempat main tuju tin.

***

15 minit berlalu…

Dengan muka ketat, gua blah dari booth tu. Gua perasan, Banker serba salah nak tegur gua. Gua nekad, satu hari nanti, gua nak haramkan XboX360, PS3, PSP atau mana-mana permainan konsol berada dalam rumah gua. Gua nak anak-anak gua nanti, chempien main teng-teng, galah panjang, tuju tin, guli, tuju selipar dan beberapa lagi game-game tradisional. Gua serius kali ni!


Apa kejadahnya gua tuju tin satu pun tak jatuh??


NOTA KAKI:
1. 1 token berharga 4 ringgit. Kalo 4 token?
2. Gua rasa tragedi Sunway Lagoon tu adalah kesinambungan sumpahan Pin kat gua 19 tahun lalu. Huh! Mesti punya…
3. 'Potek' bermaksud mengaut guli-guli pihak lawan yang kalah ketika bermain, tanpa rasa belas kasihan.
4. 'Pengkaq' bermaksud aligment tangan ada lari sedikit; dan menjejaskan teknik 'parker'.

Gambar dicedok dari Fak Yeah

Friday, January 21, 2011

Last Battle...

Admiral Akainu Sakazuki


“Bam!”

Gua terpelanting sejauh 15 meter dari bumbung Marine setelah menahan pukulan ‘Inugami Guren’ Admiral Akainu Sakazuki. Celaka betul! Akainu dari tadi bersungguh-sungguh menghalang gua dari menyelamatkan Ace.

Gua buntu. Tangan gua sakit menahan serangan padu Akainu. Kali nie, jika gua lambat, Ace akan dipancung oleh Fleet Admiral Sengoku. Walaupun Ace memiliki kekuatan ‘super-human’ 10 kali  ganda dari gua, tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana tangannya digari menggunakan ‘Kairoseki Cuff’, yang bertindak menghalangnya untuk menggunakan keupayaan 'devil fruit' beliau.

Gampang betul kalo berada dalam situasi macam nie!

“Hah!...lu dah takde harapan lagi, Zahril! Gua akan pastikan ‘Inagumi Guren’ gua kali nie tak akan ‘miss’ lagi.” Bentak Akainu dengan sombong.

“Pergi jahanam dengan lu punya ‘Inagumi Guren’ tu...magma bitch!” Balas gua sambil kembali mengatur pernafasan.

Gua masih tidak mahu berputus asa. Walaupun gua dan Ace berlainan bapa, tapi gua tetap anggap Ace sebagai abang kandung gua. Kami membesar sama-sama. Impian kami untuk menakluki Grand Line bukan impian main-main.

Gua nekad! Apa cara sekalipun, gua harus melepaskan Ace dari ‘Kairoseki Cuff’ tu. Biarpun gua terpaksa menggadaikan nyawa gua!

Gua sempat mendongak ke arah tapak pemancungan Ace. Kelihatan Ace teresak-esak menahan sebak menyaksikan betapa ramainya sekutu-sekutu Whitebeards Pirates sanggup menggadai nyawa menyelamatkannya. Seumur hidup gua membesar bersama Ace, hanya sekali saja gua pernah melihat dia mengalirkan airmata, itu pun semasa beliau fail PMR. Lain pada tu, memang takde langsung!

‘Ace ....! Lu jangan putus asa! Gua dengan Whitebeards akan menentang Marine habis-habisan!!’

‘Zahril! Sudah la…cepat larikan diri lu!  Selamatkan ‘Orang Tua’. Bagitau kat dia, gua sayang dia. Gua dah pasrah! Gua sanggup dipacung! Gua hanya nak lu selamat…jangan plak lu senasib dengan guaaaaaaaaa!!!’

Akainu tergelak besar melihat kami berdrama. Dengan segera beliau mengaktifkan kuasa ‘devil fruit’ beliau yang sungguh ganas. Akainu memiliki keupayaan memanipulasi larva gunung berapi dan boleh menukar keseluruhan badannya dalam bentuk magma yang panas. Satu teknik yang menakutkan! Tidak hairanlah beliau diangkat menjadi ‘The 3 Most Powerful Admiral’ dalam organisasi Marine. Kelihatan tangannya kanannya telah berubah rupa. Kini, hanya magma-magma panas sahaja yang melitupi keseluruhan tangan beliau. Asap-asap hitam berkepul-kepul keluar dari matanya. Nampaknya dia sudah betul-betul nekad untuk menghabiskan hayat gua dengan teknik Super ‘Inagumi Guren’!

Cis, gua tidak boleh tunggu lagi. Dengan tenaga hanya berbaki 20%, hanya ‘Gear Second’ sahaja yang mampu gua aktifkan. Walaupun jurus ini tidak mungkin dapat menumbangkan Akainu yang mempunyai elemen letupan larva yang dasyat, tapi gua sudah tiada pilihan lain. Kalau ditakdirkan gua terkorban di tangan Akainu, sekurang-kurangnya gua tidak mati dalam keadaan yang menyesal.

“Huarggggggggggggggghhhh! Mampus la ko, Monkey D.Zahril! Gua hantar lu straight ke NERAKA!!!”

Akainu terus menjerit dan melancarkan jurus penamat beliau, ‘Inagumi Guren’ peringkat ‘merempuh kuasa bulan’. Ini adalah  peringkat tertinggi bagi pemakan ‘devil fruit’ yang berada dalam kategori ‘Logia’. 30 biji bola api yang diselaputi magma gunung berapi yang mempunyai tahap kepanasan 1000 C setiap satu, meluncur tepat kearah gua.

Ahhh…sudah!

Gua terlupa nak aktifkan ‘Gear Second’ yang gua bajet nak guna tadi. Tu la...sibuk sangat nak describe power orang lain, sampai gua punya hikmat plak gua boleh lupa. Tapi, apakan daya, semuanya dah terlambat.

"Klong!"

Bebola-bebola Akainu rakus merempuh gua, menghilangkan kesemua momentum yang gua bina untuk berdiri. Buat kali yang ke-13, gua terpelanting lagi. Tapi, kali ini amat jauh, sehingga keluar dari tingkat 20, Menara Navy Marinefold. Dalam tempoh terpelanting, gua mengerang kesakitan. Gua tahu, kalau gua berjaya landing atas tanah, maknanya gua masih ada harapan untuk hidup.

Tapi,

**Kalo gua jatuh dalam laut. Kompem gua mati.

Hakikatnya, dalam tempoh gua terpelanting tu, gua hanya nampak laut-laut saja. Sahlah ini merupakan pertempuran terakhir gua dalam pengembaraan kami mencari harta karun Gold D.Roger.Selama ini gua tertanya-tanya, siapa la yang mampu menamatkan nyawa gua. Persoalan gua kini terjawab sudah. Ceh, gua mati di tangan Akainu rupanya. Heh!..tak glemer langsung!

Takpe la...gua redha.

Zoro, Sanji, Robin, Nami, Franky, Usopp, Chopper, Brooke…terimalah pesanan terakhir gua:

 
Zoro, gua harap lu dapat menjadi ‘The Strongest Swordsman in the World’. Tewaskan ‘Mihawk’ untuk gua.

Sanji, gua suka masakan lu. Gua harap lu jadi boleh bukak ‘Baratie II’ nanti.

Robin, gua suka lu. Lu seksi. (dah..tu je!)

Nami,lu pun seksi. gua suka lu jugak (dah..tu je!)

Franky, jangan lupa pakai seluar. Lu dah macam Michael Phelps dah gua tengok!

Usopp…lu nak sangat jadi kapten,kan? Lepas nie, lu in-charge Strawhat Pirates. Gua rela.

Chopper, lu memang comel. Gua pernah terniat nak sembelih lu buat lauk kalo-kalo bekalan makanan kita tak cukup masa di Drumline Kingdom dulu. Sori banyak-banyak. Gua sayang lu!

Brooke…dalam dunia nie, ada benda lagi syok dari tengok panties perempuan. Nak tahu, lu kene kawin dulu. 

 
Adios my crew! Jaga Thousand Sunny elok-elok…avenge my death!

Selamat tinggal semua…gua sayang lu orang sampai akhirat…XOXO

“Splash!”

****


"Orang lain pun tengok One Piece jugak, tapi takde la taksub macam lu. Terbawak-bawak sampai ke dalam mimpi bagai."

"Sudah…bangun pegi mandi! Subuh dah nak habih dah ni...!" bentak Banker Permatang Pauh dengan nada yang bengis. 

Gua bangun terkebil-kebil. Pergh, gurau kasar bini gua kali nie. Main simbah-simbah air pulak. 

Tapi gua OK. Bukan selalu dapat mimpi jadi superhero ni. Only the chosen one je!

Ngeh..ngeh..ngeh...



NOTA KAKI
** Pemakan ‘Devil Fruit’ akan hilang keupayaan untuk timbul ke dasar ketika berada dalam air. Badan mereka akan menjadi seberat tukul besi. Pendek kata, kalo jatuh dalam laut, kompom mampus!

Monday, January 17, 2011

Gua Kaya...Apa Ada Hal?


"I wanna be a millionaire...so f**kin' bad"
"Buy all of the things I never had..."

Dapat duit kali nie, banyak plan-plan gua nak kena revise balik. Sekali sekala dapat hidup kaya, sapa tak mahu,wehh? Gua dah penat berangan, kali nie gua dah nekad gua nak buat betul-betul!

Kalo cakap bab kereta, gua dah bosan pakai keta buatan tempatan. Ada duit kali nie, gua plan nak riki Alphard Vellfire habuan seketul dua.Kaler tu, dalam plannya, gua nak amik kaler putih, spot-rim 18", bumper tukar semua 5 pieces. LCD pasang 14 inci kat belakang, so senang la Banker Permatang Pauh nanti. Anak-anak kitorang yang 3 beradik tu, kalo merengek-rengek mintak susu time long-distance balik kampung, gua suruh jer Banker pasang 'Barney & Friends'...kompom setel!

Balik keja nanti, gua nak straight pegi kedai tinted. Nak survey harga V-Kool yang super gelap punya. Baru la cool. JPJ nak saman? Tarak kesah punya. Gua duit banyak. Apa ada hal?

Bab kediaman, rumah kat Sering Ukay tu pun cantik-cantik. Gua ingat esok habih keja gua nak ajak Banker pegi round-round dalam taman tu. Tengok dari mudah.my, ada kutu nak jual banglo dia 2.4 juta. Hurm, selang 3 rumah dari banglo Fasha Sendat ja. Malas nak pikir panjang, gua ingat nak beli cash jer. Gila cool, neighbor gua artis tuh! Apa ada hal?

Bab melancong, plan asal gua nak bawak Banker pegi Pulau Perhentian ja. Tapi, alang-alang dah kaya nie, kensel la cuti-cuti dalam Malaysia. Gua ingat nak melancong ke Europe plak kot? Bini gua teringin nak pegi Venice, gua plak teringin nak pegi Emirates Stadium. Sett, minggu depan gua ingat nak apply cuti tanpa gaji 2 bulan. Gua kaya, apa ada hal?

***

Segalanya berubah bila gua dapat email 'kompom jutawan' nie pagi tadi:



Giler ngko! 6.4 Million tu!

Dasar kelentong tegar! Ptuuii..!

Thursday, January 13, 2011

Too Many Lies (Part III)

*gambar diambil tanpa kebenaran


Sambungan dari Part II

Semekom! (kalo tengah baca through iPhone dalam tandas masa tengah ‘uh-uh’, jangan gatal-gatal nak jawab, dosa tanggung sendiri)

Gua baru terperasan AFAM punya komen dalam ‘Too Many Lies: Part II’, yang secara sinis dan selambanya menggasak gua soh habihkan jugak citer pengalaman gua menghendel Kordi ketika di Sunwei Piramit. Sori la beb! Gua bukan tanak habihkan, cuma kekangan kerja buatkan gua tak berapa nak ada masa untuk hang-out dengan blogging. Setakat entri kocik-kocik, gua mampu hendel lagi. Tapi kalo entri jenis ada pat-lima episode, ‘Bersambung di minggu hadapan…’ la jawabnya. Tapi, entri nie bukan macam ‘Oshin’, nak drag-drag pat lima ratus episode. Gua rasa, kalo gua rajin (alamak, kantoi!), 5 post dah habih dah kot? Gasaklah! gua ‘kontiniu’ balik kat mana yang terputus hari tu. Huh! Kat mana gua stop?

Stereotaip


"Adoyai....Udoh-udoh ler tu..."

Friday, January 7, 2011

Mood 'Ketat' IT Support ...#2

Jumaat, 4.30 petang.

"Kring..Kring!"

Extension gua bunyi lagi. Aduh! mesti berita tak baik nieh. Selalunya, kalo ex"tension" gua berdering dikala gua sedang hangat bercinta dengan StarCat Desktop Management, selalunya ia mesti berakhir dengan "tension". Itu perkara normal. Tapi, sebagai seorang hero yang tidak langsung mirip Clark Kent, gua jawab telefon tu dengan nada yang acuh-tak-acuh.

"Rumah Mayat Seberang Perai, boleh saya bantu?" gua dengan tone yang menganjing.

"Cis...buat lawak plak. Bro, gua nie. Gua ada masalah besar nak story kat lu. Nampak gaya kena tukar PC. Datang tempat gua kejap..puh-lezz?"

Lisa (bukan nama sebenar) tipon rupanya.

"Woooooooih? ko biau bonar? Lu jangan buat gila,Lisa? Takkan sampai nak kena tukar PC? Kronik nie,beb! Kita mana ada PC extra. Lu tunggu situ, gua pegi tempat lu." Jawab gua dengan nada yang risau.

Gua gelabah. POC Starcat gua terus tolak tepi. Ini masalah sungguh kronik. Bab-bab nak order PC baru nie bukan boleh buat main-main. Silap haribulan, ada jugak staff yang bawak komputer sendiri dari rumah kang, kalo opis takde PC extra. Mati gua menjawab dengan management pasnie.Argh!

Tanpa melengahkan masa, gua berlari pergi ke cubicle Lisa. Teringin sangat gua nak tau apa masalah dia nie. Setibanya gua di tempat minah tu, kelihatan Lisa sedang menampar-nampar skrin monitor di depan beliau. Bunyi 'Tuk! Tak! Tuk! Tak!' diselangi dengan beberapa perkataan mencarut bahasa Inggeris yang tak berapa cool nak didengar memenuhi ruang pejabat utama opis.

"Hah! Apa hal?"

"Ni ha...Skrin gua tetiba 'heng' nie. Semua benda 'freeze'. Mouse gua pun tak gerak nie. Apsal bro?" Tanya Lisa sambil mencebik sambil menghempas-hempas mousenya.

"Adoi...takkan virus lagi kot? Baru hari tu gua clean kat PC lu.Tu la, lu nie, orang suruh update antivirus, lu degil." Tanya gua dengan nada yang kasar.

"Antivirus nie macam pakai seluar Dockers. Lu beli mahal-mahal pun, tak guna kalo tak zip seluar. Tungau 'attack' jugak. Tau tak tungau tu apa?"

"Sama la macam antivirus. Install saja tak guna kalo tak guna kalau tak update, beb!..." Bebel gua pada Lisa. Segala perasaan tensen gua pasal mesin StarCat sedikit sebanyak ter'include' dalam leteran tersebut.

"Ala, I'm sorry la. Gua bebetul sibuk. Tak sempat nak buat semua tu. Abih, cemana nak buat nie?"

"Takpelah, lu dok tempat lu, try solve apa yang patut. In the mean time, gua pegi check dalam server room dulu. Kang dia (viruses) attack kat Exchange plak, kompem resign gua nanti!" Bentak gua dengan nada tak puas hati.

****

Gua amat tak suka hangout dalam bilik server. Macam keparat dia punya sejuk. Tapi, memandangkan si Lisa nie tengah ada masalah, dah jadik duty gua untuk tolong. Tapi, benda pertama yang gua pikir bila timbul isu virus nie, Microsoft Exchange Server. Exchange kalo kaput, kompem gua packing balik kampung tanam terong. Email adalah nyawa kompeni nowadays. Semua orang nak baca email. Sound tepek anak buah, guna email. Deal projek juta-juta pun guna email. Nak ajak main golf pun guna email. Cuma order nasik lemak jer gua mintak akak cleaner belikan. Ahhh, itu kategori lain!

Exchange OK. Quarantine server pun OK. Virus Chest still terkawal dan selamat berkampung disitu. Gua dah boleh menghela nafas lega. Sekali sekala hidung gua berair memandangkan suhu bilik tersebut tersangat lahanat. Mata gua melilau mencari dimana port network PC si Lisa nie. Kalo betul masalah virus, gua terpaksa unplugged network port dia dulu. Biar dia jadi kambing hitam, asalkan yang lain tak ter'infected'! Gila caring gua dengan diorang.Caring tak?

Tanpa gua sedar, dah hampir 20 minit gua 'bersilat' dalam bilik server tu. Semua cable gua check. Semua network connectivity gua periksa. Heran, apa masalah si Lisa nie? Server OK, Quarantine Chest, OK. Tapi PC dia 'freeze'. Ahh...penat ahh pikir camnie! Rasa nak tukar position jadi reception; korang agak-agak gua ada talent tak? Sementara itu, dua ketul aircond Acson di bilik server semakin rakus meniup udara-udara sejuk tanpa rasa belas kasihan, memaksa pundi kencing gua mengepam air-air kumuhan yang tidak berkenaan, keluar dari sistem. Ketika ini, gua dah tak tahan nak terkucil. Azab betul! Tapi, begitulah pengorbanan gua terhadap Lisa.

"Tok! Tok! Tok!" Pintu bilik server diketuk beberapa kali.

Gua bukak pintu sambil mengelap lelehan air hidung. Imej wajah Lisa muncul di depan gua. Tapi, kali nie muka dia dah tak berapa ketat macam tadi. Sebaliknya wajah gumbira beliau disajikan sebagai halwa mata gua yang tengah menggigil nie.

"Beb, PC gua dah OK dah." Jelas Lisa dengan hati girang.

"Uishh..cepatnya? Dasat jugak lu. Dapat jugak solve. Apa masalahnya?Virus dah clean habih ke?" Tanya gua dengan nada yang impress.

Tipu,tipu! Gua curious sebenarnya.

Sebab apa gua curious? Lisa nie, nak cucuk pendrive kat USB port pun kena bukak user manual, inikan plak nak menjalankan kerja 'scan-menyecan', lagi la dia kapit gua.

"Ish...takde larh...bukan virus..."

"Habih tu, kalau bukan virus, pasai apa plak?" Tanya gua terkebil-kebil menahan nafsu kencing.

*****

"Cable mouse gua tercabut tadi. Lepas gua cucuk balik, dah OK dah."



Cilakak!

Wednesday, January 5, 2011

A Tribute to White Beard Pirates!

Edward 'Whitebeard' Newgate

I am only one man with one heart...Call me a demon, call me a monster...but I can't be the strongest forever...!!! 

 -Whitebeard's response to his status as the "Strongest Man in the World".



picture credit from Natething.com

Tuesday, January 4, 2011

Masalah Dunia Rupanya...

Cinta gua pada iPhone takkan berubah...


"Nasib Baik..."


Itulah yang mampu gua katakan bila terbaca artikel Kosmo pagi tadi. Semalam, azam tahun baru gua dengan Banker untuk  buat clean record 'zero-tardiness' hampir-hampir terbarai bilamana kami berdua diklepet oleh alarm iPhone yang malu nak berbunyik!

Heran jugak memula. Sebab gua dengan Banker tak pernah miss kunci alarm everytime kami nak membuta. Tup tup! Sedar jer dah pukul 6.50 pagi! Wadahell...?? Kelam kabut gua pagi tu, mana nak mekap...mana nak iron baju, mana nak sapu sampah. Sambil-sambil dok iron baju tu, mulut gua tak putus-putus menyumpah iPhone nie. Jahanam betul..buleh plak alarm x bunyi! Menyusahkan manusia sejagat sungguh!

"Hal-hal masuk lambat opis nie bukan benda boleh buat main-main bai...kena serius!"

Bila phone kitorang buat hal, secara otomatiknya, gualah delegasi yang akan menyerang kedai henpon soh betulkan balik...memandangkan warranty still bertahan. Dulu kes battery iPhone gua yang teramat fragile, seminggu gua turun-naik Wisma Central mintak tukar battery baru. Layan FB kat phone baru 15 menet, battery dah telan sampai 40%. Apa jadahnya...? Tu baru sembang pasal FB. Kalo gua guna twitter dgn foursquare, hmmmph! sempat login jer la...keh keh keh!

So, artikel pagi nie membuktikan, bukan kami laki bini jer yang diklepet oleh alarm iPhone, satu dunia Apple kitai!..hebat tak hebat la...sampai yang overslept terlepas flight, lambat amik dobi kat kedai Yorkshire. Tu belom kira hal-hal emergency masuk opis nak urus bursa saham. Fuh, tragedi globalisasi!

So, kalo Banker baca entri gua nie, harap-harap dia tak mencurigai gua lagi. Awal lagi nak April Fool pun..baru bulan 1,kan? Ngeh ngeh ngeh!

Monday, January 3, 2011

Thor : The Movie

Fuh~...!

Coming soon on 2011
Tengok dari style poster, nampak macam gempak jer film nie.
Apapun, just wait n see jer la~

Picture credit to Impawards.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...