Monday, February 28, 2011

Usah Ditambah Bara yang Tersimpan

Sebelum itu...


Koscielny: Tepi..tepi, gua nak clear nie! Lu sebok aper hal?

Szczesny: Aper hal plak? Gua nak save bola nie. Lu jangan sebok..!



 Kesudahannya...


Obafemi Martins: Orgasm...orgasm..orgasm..Wohooo!

Lee Bowyer: Malam nie kita enjoy!

Ridgewell: Oh Obafemi...you're my hero....!

Koscielny: Damn...


Picture taken from UK DailyMail & ESPN Soccernet

Friday, February 25, 2011

"Tak Dapat Baiii..."


Semalam gua masuk website Arsenal Malaysia. Saja-saja browse, kot-kot bleh jadik registered member. Bukan apa, memandangkan Ahad nie final Carling Cup, gua teringin jugak nak layan game final bersama Gooners  Malaysia. Saja nak feel menjerit ‘goal!’ beramai-ramai, memandangkan dah selalu sangat gua jerit ‘goal!’ sorang-sorang (sebab layan match kat rumah).

Nawaitu gua memang nak apply membership. Tapi, baca-baca balik, the registration period just closed December ago. Aiseh, dah terlambat! Namun, gua tak berputus asa. Gua wrote la email kat dia punya admin, kot-kot bleh kasik kelonggaran ker…untuk fellow Gooner yang n00b macam gua nie.

But then, a few hours later, the moderator did replied my email. Pergh, respek gua kat kredibiliti bro Amri Iqwan nie, cepat dan berhemah. Sadly, memang diorang betul-betul close. Tak dapek nak buat apa-apa. Ahh…rugi betul. Kalo tidak, bleh la gua dapat:

  • Official AFCSM T-Shirt (ini yang gua paling nak sebenarnya)
  • Personalized Membership Card
  • AFCSM Car Sticker
  • Discounts and offers on any Arsenal Fan Club Supporters merchandises
  • Access to Arsenal match tickets
  • Special Offers on Arsenal merchandise direct from London (pergh, meleleh sial)
  • Access to exclusive benefits, events, activities and competitions held by the club.

Plus, untuk final Carling Cup 2010/11 nie, diorang ada buat T-shirt khas sempena this final cup. Kira memang limited la. Dah kalo namanya limited, memang untuk members only la. Dan kalo dah namanya members only, gua yang non-members nie jangan mimpi la nak angkat satu. 

Aduhhh…down gila bai!!

Click on the image for larger view

Wednesday, February 23, 2011

Saya dan wrestling...#1

Ini tahun punya WrestleMania, HHH vs Undertaker. Match of the Century!


Umur dah lanjut. Tapi minat gua layan wrestling macam tak pernah ada hajat nak malap. Eventhough dah terang-terang orang kata wrestling tu ‘SUPER_FAKE’, Ahhh…lantak la. Janji gua hepi.

Bab kenapa gua minat wrestling tu nanti belakang kita cerita. Just nak share sket info. Bulan April nie WrestleMania. Kalo dah nama WrestleMania, match yang paling gua tunggu-tunggu adalah ‘STREAK’ match.

Sedikit info pasal sinonimnya Undertaker dan WrestleMania. Undertaker atau nama sebenarnya Mark Callaway a.k.a The Deadman a.k.a The Phenom, adalah superstar WWE yang tak pernah kalah dalam match WrestleMania. He’s undefeated (kat WM je la). Any match. Semua dia tibai bersih. Rekod peribadi beliau 18-0 setakat WM tahun lepas menentang HBK.

Tu pasal banyak nama-nama besar dalam WWE cuba untuk ‘tarnish’kan rekod bersih Undertaker nie. Tapi, semua ‘kechondang’ (Sebab skrip WWE soh derang kalah). Batista, Mark Henry, Big Boss Man, King Kong Bundy, Sid Vicious, Ric Flair, Orton,  Big Show & A-Train, HBK….semua kantoi!

Tahun nie, Triple H (HHH, The Cerebral Asassin, The King of Kings, The Game..bla..bla..bla) step up untuk challenge Undertaker for the streak match. Even though HHH is my all-time favorite superstar, tapi gua tak rasa Vince McMahon akan approve skrip Undertaker kalah kat WrestleMania.

Streak 18-0 tu memang money maker plot. The main reason why orang semua berpusu nak tengok WrestleMania live! Kalo gua jadik tokey WWE pun gua akan suruh Triple H buat-buat kalah. Kehkehkeh!

So, anggap jer la Triple H akan kalah. Takyah nak berharap sangat!



Picture credit from Official WWE

Tuesday, February 22, 2011

Pengalaman Saya Membetulkan Tuil Tangki Simbah


Gua tak penah ada sijil MLVK. Bab-bab plumbing nie gua memang tak berani nak berlagak terer. Ada la dulu time muda-muda, belajar subjek KH. Even selalu jugak gua ‘tuang’ kelas, result PMR gua agak memberansangkan jugak.

Sabtu lepas gua buat-buat berani nak repairkan tuil tangki simbah rumah sewa gua yang patah akibat berkarat. On paper, memang nampak senang jer. Lagipun, kalo nak panggil plumber, satu hal plak nk kuar duit dua-tiga poloh hengget buat duit upah. Rugi tuh!

Gua ketua keluarga. Nak tanak....gua kene buat jugak.

Banker Permatang Pauh dari tadi tersenyum sinis mencabar kredibiliti gua. Baginya, kerja-kerja ‘dirty-technical’ camnie, baik serah kat pakar jer (plumbing). Jangan main-main dengan tangki simbah nie. Silap setting, rosak besi pelampong, terus toilet takleh nak flush. Mana nak ‘memerut’?

Ahh…gua nekad!

Gua cabut pegi kedai hardware, beli tuil baru. Balik umah, gua selongkar setor, cari toolbox. Dah cukup semua equipment, gua start keja dalam toilet.

***

Tung! Tang! Tung! Tang! (pergh..leceh gila)

Tung! Tang! Tung! Tang! (macam ada harapan)

Tung! Tang! Tung! Tang! (cuba test tengok, boleh tak?)

Tung! Tang! Tung! Tang! (arkk…? dah boleh?)


Seperti yang dijangka, kalo dah hero tu, hero jugak. Dengan bangganya gua ‘test’ tuil flush baru. Air flush berderau-derau memenuhi mangkuk jamban. Ahh..nikmatnya bila berjaya D.I.Y

Bila terdengar bunyi flush, Banker tersentak. Perlahan-lahan dia mengintai dari celah pintu tandas. Gua tau, jauh disudut hatinya, ada perasaan sedikit kagum dan malu dengan kebolehan suami beliau. Gua malas nak berlagak lelebih. Gua kontrol macho sambil meminta segelas air ribena sebagai upah ‘Dirty Jobs’ gua.

‘Pandai la lu setting tuil tu balik. Mana lu belajo?’ tanya Banker dengan nada yang serius.

***

‘Google...’ balas gua sambil tersenyum.

Friday, February 18, 2011

Apa kena dia nie?

Dua hari lepas, gua kene hentak dengan satu Myvi putih masa on the way nak gi keja.Pakcik tua yang pangkat Atok main reverse tak tengok belakang, eventhough dia park keta dia kat laluan motor. Sakit jugak sebenarnya, tapi bila dah memikirkan gua dah lambat nak masuk opis, gua bangun angkat motor, ludah buang sekali dua, then gua blah.

Masa terbalik tu, gua tak rasa sakit sangat. Tapi, setengah jam lepas sampai opis, tangan gua dah start sengal-sengal. Peha kiri gua dah kebas tak tentu hala. Tak boleh jadi ni! Gua gagahkan turun dari opis ke Klinik P***e C**e kat depan blok opis. Untung-untung bleh dapat MC, dapat la gua baring-baring kat rumah sambil pikir masa depan.

Malas elaborate panjang, gua pun sampai la kat klinik tu. Gua keluarkan kad ING, gua kasik kat madam India yang jaga kaunter depan. Dia soh gua tunggu kat dalam bilik menunggu sementara dia nak setel dengan orang ING pasal insurance coverage gua.

Dalam bilik menunggu tu, ada seorang lelaki mamak or India Muslim (err..I guess), dengan 3 orang perempuan melayu. Semua tengah tunggu di’servis’ oleh doktor yang bertugas. Ramai pulak orang sakit lepas cuti Maulud Nabi ni. Gua melabuhkan bontot di sofa empuk di tepi water dispenser sambil mencapai majalah in-Trend keluaran March 2008. Bapak out-dated betul bahan bacaan kat klinik ni.

Doploh minit berlalu. Dua pempuan melayu tu dah hilang dari pandangan. Tinggal la sorang lagi pempoan berpangkat kakak yang tengah pregnant, gua dengan brader mamak, dok tunggu giliran. Sabar...sabar. Gua peratikan brader mamak tu tu tak habih-habih dok senyum sambil melayan ribuan BBM message yang dok berbunyik-bunyik for the past 20 minutes ago. Aii…busy betul mamat nie. Celebrity kah? Ahh…gua malas amik port. Gua keluarkan iPhone gua dan terus layan Angry Birds. Hilang stress.

Tiba-tiba, pintu bilik doktor dibuka. Madam India yang collect kad gua ING gua tadi keluar. Ditangannya ada kad putih rekod pesakit. Tanpa melihat orang yang menunggu, beliau berteriak:

“En.Mohd Ali, sila masuk!”

Then dia kembali masuk dalam bilik doktor. Kami yang menunggu kat luar nie terpinga-pinga. Sape ‘Mohd Ali’ tu? Boleh jadi nama brader mamak nie kot. Struktur nama pun agak-agak sesuai kalo dipadankan dengan brader tu. Ali Maju, Ali & Sons Printing Enterprise, memamg sinonim dengan nama diorang. Ahhh...bukan turn gua lagi. Gua sambung main Angry Birds.

Brader mamak tadi sambung main BBM. Kakak yang lagi sorang sambung mengusap-ngusap perut beliau. Yang kakak nie, gua tak pasti samada dia mengandung ker, obesiti. Kang gua silap tanya ‘dah berapa bulan’, agak-agak dia tumbuk gua tak?

Dua minit berlalu. Pintu bilik doktor kembali dibukak. Madam tu keluar lagi sekali sambil memekik nama yang sama : ‘Mohd Ali’. Kali nie, tone dia lain macam sket. Ada macam nada-nada bengkek sket.

Kami kembali terpinga-pinga. Masing-masing tengok kiri kanan. Gua perasan kat atas kepala mamak tu ada tanda soal. Kepala kakak tu pun sama. Ini tak boleh jadi. Kalo tak tanya, lagi lambat gua melepak kat klinik nie. Bazir masa jer, lagipun bukan selalu bleh amik MC.

‘Bro...yang dia panggil tu, nama ko ke?’ tanya gua kepada brader mamak tu.

‘Entah la..nama saya Sudarmaji’ balas mamak tu sambil mengangkat kedua bahunya.

‘Sudarmaji? Stailo betul nama engko..’ getus hati kecil gua.

‘Sah...madam nie silap orang!’ sapa kakak tuh. Dia pun nampak macam dah penat menunggu.

Aik? Apa kena madam nie panggil nama yang tak wujud?

‘Kreeeeoookkkk!!!’ Pintu bilik doktor dibuka buat kali yang ke-3. Kali nie, Madam India tu keluar dan straight datang ke arah gua. Muka dia agak merah padam, walaupun kulit dia agak gelap. Gua buat bodoh jer, malas nak trigger. Gua rilek sambil membalas SMS Banker Permatang Pauh.

‘Saya panggil kenapa kamu takmo masuk?’ bentak Madam tu dengan pitching yang agak tinggi. Sah, dia tengah mid-life crisis. Kalo takpun, mesti menopause.

‘Aik? Bila masa you panggil nama saya?’ gua balas balik. Tak boleh jadi nie. Prinsip orang sakit, mesti disapa dengan lembut. Tak boleh berkeras sangat. Tapi, yang jadi kat gua sekarang, sebaliknya.

Dia menghulurkan kad rekod pesakit ditangannya kat gua.

‘Itu kad you,kan? Saya salah ker…you yang salah?’ nada dia makin lama makin kuat. Brader mamak dengan kakak obes yang lepak dengan gua semua terkesima. Madam nie dah mula menunjukkan taring beliau. Garang jugak minah nie. Tak padan dengan kecik, gemok plak tu.Period kot? Ahh...gua buat assumption lagi.

Gua teliti kad rekod pesakit yang diberi. Memang nama gua. Sah, minah nie bingai.

‘A’a. Nie memang kad saya...’ balas gua lembut. Malas nak berkasar, orang tua-tua. Tak worth!

‘So??’  Madam tu jawab dengan kerek. Pergh, dia nie saja nak kasik panas nie.

Gua bagi balik kad tu kat dia. Dengan nada yang tak berapa nak lembut, gua reply balik:

‘Madam, lenkali nak sound orang, komfemkan betul-betul dulu. ‘Jangan main serbu tak pakai helmet’. Sapa pulak ‘Mohd Ali’ nie? Gua punya nama ‘Mohd Zahril’. Jauh gila beza. Cuba eja betul-betul?’

Madam tu tersentak. Dia meneliti nama yang tertera di atas kad rekod pesakit tu. Terkumat-kamit mulut dia mengeja. Gua perasan brader mamak dengan kakak obes tu terkedu menahan ketawa. Nak bantai gelak guling-guling, kang kata tak hormat orang tua plak. Tapi, kalo tak gelak, rugi jugak. Benda bukan bleh jadik selalu.

‘Thehehehehe…sori la encik. My damn mistake la…Sori…sori…’ Madam tu berkali-kali mintak maaf sambil facepalm ke muka sendiri.

Kesian madam tu. Ada masalah peribadi agaknya.

Gua malas nak cause any scene. Jam kat tangan pun dah nak dekat pukul seblas. Rugi dok kat area opis kalo layan amik MC. Baik gua cepat-cepat balik sambung rehat kat rumah. Bleh jugak layan XboX sepam dua. Dengan stail jalan terhincut-hincut, gua masuk ke dalam bilik doktor.

****

Setel urusan dengan doktor. Gua terus tunggu kat luar nak collect ubat. Kelihatan madam tadi kalut menguruskan hal-hal dengan coverage ING berserta MC dan medication gua. Kelam kabut jugak dia nie. Nak kata orang ramai, takde la ramai sangat. Patient yang ada masa tu just kami bertiga jer.

Time nak amik ubat, gua tunggu tak lama. Lebih kurang 2-3 minit jer, semua urusan gua setel. Dia masukkan semua ubat gua dan surat MC dalam plastik putih. Sambil tersenyum, dia menghulurkan plastik putih beserta dengan kad ING gua.

‘Encik..semua instruction pasal pengambilan ubat tu, ada saya catit kat cover ubat. Encik follow jer. Lagi sekali, saya million punya sori pasal tadi…Banyak malu la saya,encik…’

‘Takpelah…saya tak amik hati pun. Thank you,ya? See ya…’ balas gua sambil tersenyum. Gua berjalan keluar dari klinik tersebut.

Yes! Dapat MC 1 hari.

(end of story)

****


Apartment gua, pukul 8 malam


Orang kata, kalo jatuh motor, sakitnya tak berapa sangat time waktu siang. Yang peritnya bila waktu malam…time nak tido. Time nie la baru bertemu buku dengan ruas. Azab sengal dan bengkak-bengkak memang gua takleh handle. PERIT YAQMAT!

Pelan-pelan gua bangun dari sofa dan capai karung plastik ubat yang gua amik dari klinik siang tadi. Kat sebelah tangan gua, ada air mineral nak buat tolak ubat masuk dalam perut. Gua perhatikan instruction cover kat ubat tu.

Gua terkedu….gua sayu.


Apa yang dia obsess sangat dengan ‘Mohd Ali’ nie? 

Tuesday, February 15, 2011

Awak Quote, Saya Post..Amacam? #3


"He's so fluffy...I'm gonna die..~ "
Agnes, Despicable Me 2010

p/s: Elsie Fisher a.k.a Agnes. Cute, manja dan kadang-kadang menjengkelkan. Tapi yang part cute tu...gua betul-betul 'mean it'. Aii...bestnyer kalo ada anak sorang macam dia nie. Gua akan berusaha!

Picture credit from BuzzFeed

Monday, February 14, 2011

Daud

5 Feb 2011

Minggu lepas, gua lepak TT dengan sorang budak sekolah lama gua nama Daud (bukan nama sebenar) kat Danau Kota. Saja buang-buang masa, memandangkan dah lama gua tak bersosial sejak aktif menjadi ‘Zombie Slayer’ dalam ‘Dead Rising 2’.

Dalam tempoh TT tu, banyak jugak la lawak-lawak bodoh yang terpacul dari mulut Daud (mulut gua pun lebih kurang jugak). Baik dari mengutuk budak-budak sekolah lama dulu, sampai la ke isu Revolusi Penjual Buah di Tunisia, membawak plak kepada Kejatuhan Hosni Mubarak dalam Empayar Egypt. Pergh, dasat kan topic perbincangan kitorang? Walaupun gua tak penah amik port mana-mana isu politik , tapi kalo setakat citer bilis-bilis camnie, PTD pnya interview senang-senang jer gua kekah.

Tengah dok sedap bersembang, Daud tiba-tiba menjadi serius. Dahinya berkerut-kerut dan jarinya tak henti-henti men’tenyeh’ skrin iPhone 4 nya yang dibeli dari Low Yat 2 hari lepas. Satu macam punya environment dah menyelubungi meja lepak kitorang.

‘Aku tak paham betoi la dengan budak-budak fesbuk sekarang...’ Daud meluahkan kesugulan yang terpahat di kepala hotaknya.

‘Awat bro?' tanya gua dengan nada yang berhati-hati.

Ya la…budak-budak kat fesbuk nie. Sibuk nak update sana-sini. Kat mana-mana pi pun, nak check-in. Pavillion la. Pegi Mark & Spencer la. KLCC la. Agak-agak la. Bahaya hang tau tak?’ Daud mula membukak bicara dengan nada sedikit emosi.

‘Alarh..yang hang nak emo-emo nie pasaipa? Cuba hang bagitau aku, apa yang bahayanya tu?’ gua dah start tak puas hati. Emo Daud, gua dah start rasa tempiasnya.

‘Cuba hang pikiaq mai tengok…hang pi mana pun, hang update. Kat fesbuk pulak tu…satu dunia bleh tau hang pi tengok wayang kat Wangsa Walk. Pikiaq-pikiaq lojik, apa yang hang dapat?’

Daud dah makin semangat. Satu macam jin rasa dok tengah gentel-gentel tali pusat dia nie. Dia tambah lagi:

‘Wall fesbuk aku nie, hari-hari penuh dengan updates Foursquare. Hangin plak aku baca. Hang nak tengok wayang ker, nak layan shisha ker, nak tonggang kat Zouk ker, lantak la. Tak perlu la nak publish satu donia,kan?’

Slurrrppp! Daud menghirup ‘ice-blended’ perisa Stroberinya. Riak mukanya nampak agak penat. Penat berleter, tekak dia kering agaknya.

‘Ala…rilek la, bro. Hang takyah la hangin sangat. Rilek-rilek sudey. Hang kalo takmau tengok update-update orang through Foursquare, ‘hide’ je la application tu. Takyah nak emo-emo. Benda boleh setel maaa…’ jelas gua kepada Daud. Harap-harap dia tersinggung.

‘Tu la hang. Hang tau bahaya kot mana? Bila hang post semua lokasi hang kat fesbuk. Orang akan tau hang mesti takdak kat rumah. Kena plak orang tu memang ada niat jahat nak rompak rumah hang, macamana? Nak salahkan sapa? Hang yang bagitau ‘hang takdak kat rumah’. Depa pun attack la rumah hang...’  Jelas Daud dengan bersungguh-sungguh, dengan harapan gua payung Ice-Blended Stoberi dia.

Gua terpaku. Ada betul jugak cakap Daud tu.

Daud sudah berubah. Di depan gua ini, bukan lagi Daud ‘Romero’ yang gua kenal 8 tahun dulu. Gua salute lu Daud! Lu memang berpikiran rasional! 

*mode kagum gila*



14 Feb 2011

Cantek ahh. Lagi setengah jam pukul 6. Gua dari pukul 4 petang lagi dah tak berapa into sangat nak buat PR. Lantak la. Rabu nie masih ada. Berbekalkan lagi setengah jam lagi nak ‘call it a day’, gua capai henset gua dan terus bukak fesbuk:



DAUD ROMERO
'Jalan-jalan tengok wayang dengan ‘My Bucuk’ sementara tunggu candle light dinner ‘Valentine’ dekat One Utama. Tonight will be legendary! Luv u cayank! *muacks*...’VIA FOURSQUARE


 ***


Dengan tak semena-mena gua rasa nak tempeleng si Daud.

Blah la lu! Cakap tak serupa bikin!

Ptuihhh!

Wednesday, February 9, 2011

Awak Quote, Saya Post..Amacam? #2


"Do I really look like a guy with a plan? You know what I am? I'm a dog chasing cars. I wouldn't know what to do with one if I caught it. You know, I just... do things"
Heath Ledger (Joker), The Dark Knight 2008


p/s: Psycho, Sarcastic, Gore, Merciless & Funny. Ahhh...walaupun gua tak berapa minat Heath Ledger sebelum nie, (sebab dia sinonim dengan movie-movie jiwangers dan meleleh) tapi watak dia dalam Dark Knight memang terbaik. Heath Ledger FTW!!

(Kalo dia nie orang Islam, dah lama gua sedekah Fatihah dah)


Gambar dicedok dari Sung Kang

Monday, February 7, 2011

Sengal..Bebal..Bingai!

'Aii...rabak mata lu nie, Zaril. Tak 'cukup tido' ke semalam, brader..? Hehehe..'

Sapa Syafiq Rahim (bukan nama sebenar) dengan nada yang sinis. Kening beliau sekali sekala terangkat 2-3 kali untuk menunjukkan kesinisan beliau.

'Hamjadah...kotor sungguh otak lu. Gua tengok game Chelsea vs Liverpool la semalam..tu pasal gua letih.'

Cepat-cepat gua bidas sebelum dia pikir lain. Bahaya betul mamat ni. Imejinasi tinggi mengalahkan Majin Buu!


......

HUARGH..!! (Gua menguap, bukan mengamuk)

Cilakak! Mengantuk gila...

Tatkala warga-warga opis keluar berpusu-pusu menyerang nasik putih kuah kari kedai mamak, gua bersendirian di cubicle terpencil ni. Nak makan, gua takdak mood langsung. Mana selera gua lari? Apakah yang terjadi pada gua nie..?


Monday Blues?

Sindrom 'Cuti-Lama-Sangat-Sampai-Malas-Nak-Masuk-Keja'?


Waktu Lunch baru ja bermula. Maknanya gua ada lagi 50 minit untuk rilek-rilek sebelum kembali mengadap dan mengumpul semua dokumen-dokumen perjanjian dan software licenses untuk dikemukan kepada para auditor esok. Tergerak hati nak baca blog AFAM. Pergh!..marbelles betul entri-entri 'Aku & Game' dia. Ada potensi membawa gua ke alam 'Sandarkan Pada Kenangan'. Ahh..best betul zaman kecik-kecik dulu. 

Heaven...Zeitgeist!

Dalam entri terbaru beliau, AFAM ada mention pasal 'Blog Hopping'. Terus terang gua cakap, gua tak penah try tekan button nie. Saja nak test, kot-kot bleh jumpak blog-blog sengal yang bleh buat gua layan gelak, bleh jugak gua add dalam bookmark.

Gua Excited! Terus gua klik 'Next Blog'...

***

 
(Cukup 10 kali gua klik, gua stop...)


Mood gua kembali tak tenteram. Gua berjalan longlai menuju ke surau. Baik gua layan tido sepam dua. Laaagi True! 
 
Nie la last gua 'Blog Hopping'.



P/s: Jadah hapanya 9 out of 10 blogs yang gua hop semuanya kencang pasal pembangkang, election, pancing undi dengan iPad, BEBAS? Gua tak amik port pasal politik, tau tak?

Wednesday, February 2, 2011

Rempit, Rushing & Flashbang!

Gua dapat satu arahan dari colleague department gua, untuk hantar satu document kat Menara ‘Jagung Batang II’. Walaupun nie bukan task gua, tapi gua dah biasa take over keja Nazri dalam bab-bab kurier-mengkurier nie. Tolong member-member, apa ada hal?

Cik Intan Payung pass satu dokumen kat gua. Sampul kaler coklat. Sambil tersengih, beliau 'brief'kan segala detail-detail yang diperlukan untuk gua perform task nie dengan cemerlang. Gua rilek. Tapi, yang tak bestnya, dokumen tu kena sampai di tingkat doploh tiga sebelum pukul 2.30 petang.

“Ahhh…sudah”

Gua cemas. Jam kat tangan dah pukul 2.15. Maknanya gua ada lagi 15 menet ja lagi sebelum kaunter ‘Merpi’ ditutup bercampur-campur. Cilakak! Mentang-mentang nak cuti CNY, awal plak korang nak tutup,ek?

Tanpa memberi salam dan cium tangan bos, gua gerak dari opis dengan segera. Meluru gua mencapai superbike gua yang tersadai di tepi pintu transformer Blok D. Ahh, illegal parking! Parking tak ikut dalam  kotak. Nasib baik tak kena clamp. Kalo tak, lagi lambat ahh keja gua.

***

2 minit gua dah sampai di perkarangan parking Menara ‘jagung dua batang’. Gua turunkan tongkat, dan keluarkan kunci untuk bukak seat. Gua sangkut helmet kat penyangkuk, jeket gua selit kat celah-celah celepet seat motor.

‘Kepap!’

Gua hempas seat kuat-kuat supaya batang seat bleh auto lock. Nampak macam ganas dan bleh merosakkan motor, tapi tu prosedur biasa. Jangan kata gua x reti nak jaga barang plak! Ahh...lari topik. Gua sambar dokumen sampul kaler coklat; amanah dari Cik Intan Payung, then gua bergegas meluru ke ‘batang II’.

Jam dah 2..25. Ahhh…gua x gemar betul bila berada dalam keadaan macam nie. Kejar-kejar masa. Apa-apa berkaitan dengan masa, memang gua tak boleh blah. Sebab tu la gua tak main ‘Grand Theft Auto’. Banyak sangat mission guna masa. Ahh...gua off-topic lagi. Orang kat situ sungguh ramai. Cina, India, Pakistan, Kelantan..semua datang ke sini untuk mencuci mata. Ntah hapa yang bestnya berkeliaran kat sini, gua tak pasti. Tapi, kalo gua, takde keje gua nak habihkan cuti gua berkeliaran takde arah kat Menara Jagung nie. Baik gua lepak tido kat rumah...lagi true!

Gua tak pasti berapa banyak manusia yang gua siku time rushing-rushing nak pergi ke kaunter ‘Jagung II’. Dah lambat nie, diorang bleh plak bersembang tengah-tengah jalan. Hamjadah memang takdo kesedaran sivik langsung! Baik yang comel, foreigner, semua gua gasak. Gua siku jer, asalkan dokumen nie mesti sampai kat ‘Merpi’ tepat pada masanya. OK la tu, gua komited dengan kerja.

Gua dah hampir nak melepasi Meybenk. Cantik ahh! Kalo di’kalkulate’ walking speed gua, lagi 3 minit, dokumen nie bleh sampai on time.

Tiba-tiba…

Gua rasa ada macam benda yang terkurang. Gua tak pasti apa, tapi gua rasa memang ada yang tak kena.

Langkah gua terhenti di depan lobby 'Jagung II'.

Gua seluk poket kiri….’kosong’!

Gua seluk poket kanan…’kosong’!

***

Hamjadah! Gua baru perasan gua tertinggal kunci kat seat moto.

‘Fak! Fak! Fak!....’ (namblas kali)

Mulut gua tak benti-benti menyumpah. Memang gua anti betul buat keja rushing-rushing nie! Semua benda bleh tertinggal. Bukan setakat kunci motor jer, phone gua pun gua perasan takde dalam poket. Gua cemas lagi skali. Tengkuk gua dah start berbintik-bintik *(meremang). Ahhh...gua betul-betul tergamam. Jam dah pukul 2.30 petang. Dah due dah nie!

Gua skang berada kat tengah-tengah.

Kalo gua patah balik kat parking moto, amik kunci...dokumen nie kompem takkan sampai on time. Silap haribulan kontrak kapal bleh kaput! Benda-benda camnie bukan bleh buat main...Lambat gaji masuk, soru pun bley miss!

Kalo gua terus pegi ‘Merpi’, gua umpama melepaskan angin di pinggiran bukit. Dalam erti kata lain:

“Hai semua...saya tertinggal kunci kat motor..kebas la motor saya..saya amat suka..*wink! wink!”



Cilakak! Gua nak buat apa nie…?

***

Gua takde pilihan lain. Dokumen kat tangan gua lagi penting. Nasib semua pekerja opis gua sedikit sebanyak ada dalam sampul surat nie. Cukup la sekali gua experienced gaji lambat. Memang sakit! Gua malas nk describe! Azabnya memang macam palat.

Gua meluru naik ker tingkat 23, dengan harapan Allah tolong gua. Harap-harap semua mata brader-brader motor yang parking sebelah or berdekatan dengan motor gua ibarat terkena ‘flashbang’. Tak nampak kunci yang meliuk-lentok tertikam indah di ignition seat motor. Adoi…cemas betul keadaan nie. Jangan buat hal! Hilang motor gua.... mampos!

Pada masa nie, mulut gua tak putus melafazkan surah-surah lazim. Tak cukup 3 Kul, Al-Fatihah pun gua tibai. No more ‘Fak..fak…fak!’. Amat kurang sopan dilafazkan ketika saat-saat hidup dan mati nih! Nak dijadikan cerita, dokumen tu akhirnya sampai jugak di kantor ‘Merpi’. Shit, lambat 5 menet. Nasib baik brader kaunter tu penyokong Arsenal. Kalo tak, mampoih dia takmo accept!

Gua berlari turun dari ‘Merpi’. Pada ketika ini, lagak kontrol gua tidak lagi membantu. Saham gua depan makwe-makwe ‘Peteronaih’ tidak lagi gua kesah. Yang bermain dalam otak gua, hanya superbike Honda cabok gua. Hilang benda tu, tak larat gua nak menjawab dekat Banker. Jangan buat hal!

Sekali lagi scene siku-menyiku berlaku tanpa rasa belas kasihan. Ngko cantik ker, ngko cun macam Diana Danielle ker, ngko Mat-Polo-Kolar-Naik-Atas-Pakai-RayBan-Hitam-Dalam-Shopping-Complex ker, kalo dah blocking gua saat-saat genting nie, gua memang mintak maaf banyak-banyak. Gua terpaksa....


***


Gua sampai di perkarangan parkir. Alhamdulillah. ‘Tunggangan Keamanan’ gua masih berada disitu. Naseb baik takdo mat rempit lain perasan kunci gua.Pheww!

Pelan-pelan gua kaver line sambil cabut kunci. Line clear! Takde orang nampak. Gila lega baii! Mulut gua tak putus-putus bersyukur kehadrat Ilahi. Alhamdulillah. Gua nekad, subuh esok gua nak qunut lama-lama. Gua nak sujud syukur barang sepam dua!

Ahhh...lega gila rasa.

....

‘Sniff! Sniff!’

Tetiba gua terbau something yang agak menusuk hidung, seakan-akan bau flashbang.
Apakah doa gua tadi dimakbulkan?



Tuhan saja yang tau!

Misteri,kan?



P/S: OK..OK. Gua mengaku yang part flashbang tu, gua tokok-tambah untuk sebagai salutation kepada member-member gua yang masih tegar pekena Counter Strike! Anda memang ‘tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas’.  

Lain pada tu, semua betul woihh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...