Monday, October 31, 2011

Antara 'Meratah' & 'Diratah'


"5 bijik jer lu orang bleh score? Pfftt..!"


"Nanti kat Emirates kami tambah lagi 3. Apa ada hal? Kehkehkeh!"


Pictures credit to DailyMail UK & UK Reuters

Tuesday, October 25, 2011

Damn The Fame

Seumur hidup gua, gua jarang dipuji...


Tapi, sekali gua kena puji....dia punya feel memang....memang......HNGHHH HNGHH HNGHH!



P/S: Apsal mata gua berair plak nie? Cilaka...........#ManlyTears

Picture credit to LayMark.com

Gua vs Kemampuan

Tenet...tenet

Henset gua berbunyi. Tengok dari rima bunyi, macam bunyi Whatsapp! Gua stop menjamah roti canai dan terus memeriksa telefon.

Owh, message dari budak opis gua, Ano (bukan nama sebenar)


Ano: Bro, hari khamis nie ko jangan MC tau. Aku nak mintak tolong ko sket.

Gua: Haram...lu ingat muka gua nie muka sakit ker nak MC slalu. Hah? Apadia?

Ano: Aku nak mintak tolong ko settingkan satu barang....Khamis nie aku bawak.

Gua: (Sambil menggaru kepala) Settingkan? Barang? Barang apa wei?

Ano: Alarh…ko tunggu jer lah Khamis nie.

Gua: Lu jangan la nak mainkan perasaan gua. Kang gua MC Khamis nie,kang…

Ano: Ark? OK OK..ala..aku nak mintak ko settingkan email....kat aku punya......

Gua: Punya apa..?

Ano: Aku punya...............Err...

Gua: ...

Ano: Aku punya..........GALAXY TAB 10.1 Baru.




(disconnected)


(Tidak...tidak...!!!!)



P/S: Ada sapa-sapa dermawan nak hadiahkan gua Android tablet sebijik? Selalu sangat gua tolong settingkan orang punya. Gua nak sebijik woi!!

Picture credits to LayMark.com

Monday, October 24, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Terkelendat

“Alang-alang hang dah ada kat kampung nie, satgi tolong kemas sikit bilik tidoq hang tu…Teruk Ya Rabbi! Sikit hari lagi, aku dah boleh buat perusahaan ternakan lipan daging dah...” kata tokwan dengan nada sayu-sayu pada gua.

Gua terdiam. Hanya mengangguk-angguk sahaja gua mampu buat. Suasana di meja makan bertukar menjadi suram apabila masuk bab mengemas. Ini kerana ‘mengemas’ dengan hati gua nie tak pernah ngam antara satu sama lain. Di satu sudut di hujung penjuru meja, kelihatan bini gua tersenyum sinis sambil menunjukkan isyarat ‘best’ kepada gua. Dia faham benar yang gua betul-betul hilang mood kalo disuruh buat something yang tak kena dengan jiwa gua.

Orang laki kena mengemas bilik? Apa celup, toqq?


(* Cilake gua dah takde idea nak sambung…ahh! Lantaklah!)

Tuesday, October 18, 2011

Laksam

Bila cerita bab makan, gua nie jenis ortodoks sikit sebenarnya (Gua tak pasti la apa maksud ‘Ortodoks’ tersebut, sebab gua lebih nak maksudkan ‘kolot’ sebenarnya. Gua harap ia bukanlah sejenis carutan). Tak macam orang lain yang suka mencuba variety of foods, gua bersifat bila jumpak makanan yang gua suka, gua akan 'taram' benda tu sampai gua boring. So, disebabkan perangai gua yang payah nak jemu nie la, pengetahuan gua pasal makanan agak tertumpu kepada benda-benda common yang gua pernah telan tiap-tiap hari. Memang limited.

Berlainan dengan Banker Permatang Pauh, bini gua nie jenis suka try makanan. Apa saja yang nampak menarik dan halal ditelan, dia akan cuba. Baik ada restoran baru bukak aje, dia mesti ajak gua redah. Pendek kata, dia lebih sukakan adventure dalam pemakanan dan tak tertumpu kepada menu-menu gua yang super-boring. So, bila ada pasar malam tempat di Gombak, dia la yang paling excited.

Perangai ‘taram’ makanan sampai boring gua biasanya jelas dipraktikkan bila tiba hari Pasar Malam. Apam balik besar seketul, pair sama Murtabak Daging dan Kuih Ketayap 4 bijik adalah menu wajib gua dari zaman belasan tahun dulu. Entah la, umur dah masuk 3-series ni pun, gua tak pernah boring telan apam balik. Apam balik adalah ART. Menyediakan menu agung ini semestinya memerlukan bakat seni ART yang tinggi. Tidak hairanlah jika aroma apam balik memikat hati gua sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, lain pulak dengan konsep Banker Permatang Pauh. Padanya, apa yang dia dah makan time pasar malam minggu lepas, biasanya dia akan rotate 2-3 kali. Minggu nie dah makan bihun sup, maknanya bihun sup hanya akan muncul kembali dalam mangkuk rumah gua 2 minggu akan datang. Sekejap-sekejap dia akan try Khurasan, kejap-kejap dia akan try Kepak Ayam Madu, dan kejap-kejap boleh jadi dia akan try Laksam...bla..bla...bla.



Sebut pasal Laksam, honestly gua tak pernah try langsung makan benda alah nie. Baik dari zaman berhingus, zaman bujang hinggalah dah kawen.3 sebab. Pertama, nama “Laksam” tu sendiri dah buat tekak gua kembang. Ke-2, according to bebudak pantai timur opis gua, kuah Laksam itu sendiri dibuat berasaskan Belut! Wallaweii...(#pfft! memang aku makan la sangat belut-belut nih!). Ketiga, batang-batang putih Laksam kalo belum digunting, nampak macam Dildo siutt...WAFFAK?!

*Tekak gua dah kembang!*

Tapi, kata orang, tak kenal maka tak cinta, bro. Ada la satu scene pasar malam hari tu, bini gua teringin nak makan laksam. Memandangkan hari tu hari rabu, pasar malam yang ada di area-area Gombak hanya di Taman Samudera, a few kilometers away from our crib. Di pasar malam Taman Samudera nie, setelah habih round-round, kami hanya jumpa satu saja stall yang jual Laksam, itu pun betul-betul di depan pintu masuk.

Apa yang gua nak cerita kat sini, kondisi stall Laksam brader dari klate nie amatla tak menarik untuk dipandang. Yang peliknya, walaupun stall nie serupa nak runtuh, tapi barisan orang beratur nak beli Laksam brader nie macam beratur nak beli tiket wayang time cuti sekolah. Ramai baii! Kalo gua, takdenyer gua nak berhimpit-himpit di tempat sesak sebegitu. Sabar gua tak se-superb tuh! Namun, disebabkan niat bini gua hari tu memang nak makan laksam, terpaksa la dia join the crowd. Semua yang beratur tunggu order masing-masing muka macam sardin. Brader yang operates stall Laksam nie plak buat kerja sorang-sorang. Dia la gunting laksam, dia la cedok kuah, dia la potong sayur, dia la yang bungkus. So, lu orang bayangkan la kalo customer ada 18 orang tengah beratur, dah tu yang beratur plak at least order 3 bungkus. You do the math. Macam fakk, rite?

Lama beb! Gua rasa, kalo gua hisap rokok tunggu sampai turn bini gua, ada la habih 5 batang non-stop.


Selain dari jual Laksam, brader nie jugak ada jual karipap-karipap kecik yang besar-besar ibu jari. Dia goreng dalam satu kuali besar. Habih setalam karipap dia goreng, dia akan topup talam baru. Karipap yang dah dimasak, dia jual 8 bijik singgit. Brader nie agak lebih pemurah dari Mail Upin Ipin, yang selalu jual barang ‘dua, singgit’!. Uniknya, bila dia letak jer karipap-karipap yang dah masak atas meja, orang berkerumun macam semut! Letak jer habis, letak jer habis. Gila power brader nie. Guna pelaris ker apa?

(Gua konpius)

20 minit jugak la Banker Permatang Pauh beratur dengan penuh ‘sabar’ menunggu juadah spesel beliau disiapkan. So, bila dah berjaya membeli, matanya kelihatan sangat bersinar-sinar. Maklum la, effort nak beratur tu saja dah menduga iman. So, bila dah ada benda yang kita nak dalam tangan, tentulah gembiranya memang lain macam, ye dop?


Malam tu, kitorang ber’dinner’kan juadah-juadah dari pasar malam Taman Samudera. Yang si bini dengan laksamnya, yang si laki dengan apam baliknya. Spesel…memang spesel!

Menurut bini gua, Laksam yang dia beli tadi tu amatlah sedap. Patutlah orang sanggup beratur panjang-panjang, rupanya memang air tangan brader nie ‘something else’. Banker suruh gua cuba, tapi gua tolak. Kat atas tadi gua stated awal-awal reason-reasonnya. Tak baca? Tapi, beliau tetap berkeras, disumbatnya secebis kuah dalam mulut gua ketika gua off-guard.

Dan poof!..................(It become Coco Crunch…..No wayyyy)

#Pfftt!


EH! Bukan...bukan...


Bila bibit-bibit kuah tadi mengalir dalam tekak gua, satu perasaan aneh terpancar dalam sanubari ini. Seperti terkena Genjutsu, dia punya sedap membuatkan gua seakan-akan tengah berlari-lari anak di padang rumputan Prairie yang dihiasi beberapa baris pelangi-pelangi indah. Untuk seketika waktu, mata gua berkaca. Terharu kerana masih ada lagi makanan yang nikmat dibumi Malaysia ini selain dari Murtabak Ayam dan Apam Balik Nipis. Untuk seketika waktu juga gua lupa bentuk belut tu macamana. Ramuan belut kisar dicampur dengan rempah-rempah istimewa membuatkan rasanya seakan-akan diselangi perasaan manis dan lemak. Ya Allah....nikmatnya juadah ini.

Sedang gua melayan perasaan indah tersebut, bini gua cepat-cepat menghabiskan Laksam beliau. Jauh disudut hatinya, dia khuatir, kalau-kalau suapan yang hanya bertujuan ‘perkenalan’ boleh bertukar jadi scene lain pulak. Maklum la, benda dah sedap. Sebelum gua tibai sampai habih, better dia 'lanyak' cepat-cepat. Kahkahkahkah!

Sejak dari peristiwa tersebut, gua sangat tak sabar nak tunggu hari Rabu!

Pasar Malam Taman Samudera. 

* Abe, Laksam sa!


- FINN -


P/S: Gua sajes lu orang try. Gerenti tak menyesal!

Monday, October 17, 2011

Nampak? Nampak?

Akhirnya...

Hujung minggu gua dihiasi dengan beberapa moments sukan yang amat menggembirakan. Pertama, All Blacks berjaya mara ke perlawanan akhir #RWC2011 23 Oktober ini menentang France. Keduanya, Arsenal minggu ini mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan skuad The Black Cats sebentar tadi. Alhamdulillah, sesekali merasa kemenangan, dia punya feel memang melambung tinggi!

Dengan berbekalkan advantage bermain di tempat sendiri, Arsenal bermula gagah apabila Van Persie berjaya meledakkan gol pertama Arsenal seawal minit pertama (29 saat…saya ulang. 29 saat). Hasil umpanan Gervinho yang cantik, memastikan Van Persie mempunyai ruang yang secukupnya untuk melepaskan satu rembatan kaki kanan yang sangat kencang! Nyatanya, Mignolet gagal menepis bola tersebut. Power…memang power. Gua rasa keeper sehebat Massimo Taibi pun takkan boleh menepis bola tersebut. De Gea? Err…sapa tu?

Sejurus selepas gol tersebut, Arsenal semakin garang menyajikan beberapa siri serangan berantai untuk merobek pertahan Sunderland. Tercungap-cungap beberapa pemain buangan Man United untuk marking pergerakan lincah Gervinho. Ada la 2-3 percubaan Van Persie yang hampir menampakkan peluang, namun dihalang oleh tiang gol dan tampanan nasib Mignolet. Jujurnya, gua katakan, 15 minit selepas gol pertama tersebut, gua menyaksikan satu mutu permainan yang terlalu cantek, seperti zaman ‘invincibles’ dahulu kala. Arteta bagaikan terlalu serasi dengan setiap pergerakan Persie. Gervinho seakan-akan boleh membaca segala through-pass Rosicky. Tidak hairanlah ball possession ketika itu memihak kepada Arsenal sebanyak 60%!




Namun, kata orang tua-tua, kalo tak bolos, tak Arsenal lah namanya. Satu terjahan bodoh yang dilakukan oleh Arteta di depan kotak penalti merubah segala-galanya. Sebastian Larrson menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil satu sepakan percuma sangat gila babi punya superb! Curve cantekkk punya  (se’awesome’ curve pinggang Kim K). Tewas jugak Szczesny dengan lengkungan tersebut. Pemain buangan Arsenal ini walau bagaimanapun tidak berani nak celebrate goal beliau lebih-lebih. Takut balik nanti kena raid time naik bas. Cukuplah sekadar senyum sinis dan kenyitan mata kepada Rosicky. Itu dah cukup menganjing!

Lepas gol Seb Larsson tersebut, prestasi Arsenal umpama hidup segan, mampus tak mahu. Satu taktikal yang sangat tidak menjadi. Semuanya huru-hara. Passing macam haram jadah. Back-flick tak jadi langsung dan seringkali di’counter-attack’ senang-senang oleh Elmohamady dan Sessegnon. Masa nie, tengkuk gua tak berhenti-henti meremang. Degupan jantung gua ganas mengepam darah ke arteri-arteri yang sepatutnya. Kalo dalam bahasa rempit, prestasi Arsenal ketika itu bolehlah disamakan ‘macam cilaka’! Ketika ini jugaklah Szczesny menunjukkan tanda-tanda awal dijangkiti wabak ‘Eccentricity’ yang sangat tinggi, sepelik Almunia. Decision making sangat fail, meninggalkan pintu gol terbukak luas dikala berdepan situasi one-on-one yang gua rasa, tak perlu. Gua yakin, Almunia pun tergelak besar kalo melihat prestasi Szczesny tadi.





Gibbs dikeluarkan dan diganti dengan Santos. Jujurnya, gua lebih sukakan beliau berbanding dengan Gibbs kerana Santos memiliki kelebihan experience dan lebih bersifat down-to-earth. Beliau lebih rajin menjaga zone beliau dari dibolos berbanding dengan Gibbs yang bila attack, tak reti nak turun-turun. Cuma apa yang lebih menyakitkan hati, bila tiba moment-moment free kick yang pada gua, boleh menghasilkan gol, Wenger celakanya membenarkan Walcott dan Santos untuk menyempurnakan. Hasil? Semuanya kelaut! Gua agak Santos dengan Walcott belajar amik FK dengan Johnny Wilkinson agaknya?

Namun, game kembali rancak selepas Arshavin dibawa masuk menggantikan Gervinho yang kepenatan. Memiliki fizikal yang kecil dan larian yang laju, Arshavin ternyata memberi kelebihan yang amat ketara bagi taktikal Wenger kali ini. Time nie, bibir gua dah boleh mengukir senyuman lega melihat pergerakan serangan yang dikemudi oleh Rosicky. Namun, Rosicky juga dibawa keluar dan digantikan dengan Yossi Benayoun yang nyatakan membawa perubahan yang amat besar dalam mengemudi zon tengah!

Gol kemenangan Arsenal hadir di minit ke-82 apabila Arsenal dihadiahkan sepakan percuma. Setelah kegagalan ‘kelaut’ Walcott dan Santos, Van Persie terpaksa merampas kembali tanggungjawab menyempurnakan sepakan ini. Hasilnya? Bergegar kedai mamak Nisma dengan jeritan GOAL! yang cantik dari Captain Fantastic ini! Satu ‘curling’ yang terlalu awesome dari Van Persie menewaskan Mignolet buat kali ke-2. Dan gol tersebut adalah gol peribadi yang ke-102 RvP. Superb! Memang superb!





Wisel penamat ditiupkan oleh Howard Webb pada minit ke 95 (5 minit masa tambahan) dan keputusan penuh menyaksikan Arsenal berjaya mengutip 3 mata penting minggu ini. Alhamdulillah, gua rasa hepi gilababeng! Gua boleh melangkah ke opis dengan muka yang sangat bangga. Fuh!


"There's only one van Persie. Robin van Persie"




Tahniah Arsenal! Tahniah #manlytears



Pictures taken from DailyMail UK

Thursday, October 13, 2011

Takdak Tujuan...#1


Peh...tak tido la gua malam nie. Hehehe..


P/S: Saja nak test screen-grab iPhone. Jadik jugak akhirnya. Yeah, imma #Slowpoke. Orang dah bertahun tahu this method, gua baru nak tergedik-gedik show-off. Ahhh...who gives a shit, ye dop?

Tuesday, October 11, 2011

Jujur Biar Bertempat


Lokasi: Port hisap rokok opis gua
Masa: 4.30 petang


Jenna: Hey Zahril. Wah, smoking alone ahh? Can I join you?

Gua: Yeah, everybody seems pretty busy lately. So I smoke alone,lah.

Jenna: So, it’s been a long time since we both smoke together. Ya la, you got bz, I got bz also. Hahaha…(sambil menyalakan rokok beliau)

Gua: Yeah…

Jenna: So, how are you?

Gua : Not much. Just finished a few task. So, now I'm taking my 5 minutes break...(sambil tersenyum)

Jenna: You’re getting chubby, Zahril.


f**k my life...



P/S: Kadang-kadang jujur sangat pun payah jugak!

Gambar gua cedok dari LayMark.com


Monday, October 10, 2011

Kaget

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Kalau diikutkan, sudah 1 jam 30 minit gua ‘berperang’ dengan 2 penemuduga yang berada di depan gua ini. Segala soalan-soalan berkaitan pengalaman gua dalam bidang IT gua tepis kemas. Tekak gua pun dah kering bercakap sebenarnya. Banyak sangat gua brief + campur kelentong sikit-sikit. Superb! Entah kenapa, interview kali ini gua agak konfident. Perasaan nervous tetap ada. Namun, jauh di sudut hati, harap-harap, something good might happen.

Namun, 10 minit sebelum kedua penemuduga tersebut menutup tirai, perkara yang diluar jangkaan gua berlaku sebaliknya.

***

“So, saya tengok dalam ruangan hobi nie, you have stated that you’re into writing?” tanya Puan Hamidah ketika memerhati Application Form yang gua isi sebelum temuduga dijalankan.

“Ya Puan” jawab gua sambil tersenyum.

Kelat betul senyuman gua pada saat itu. Ikhlasnya entah kemana. Entah mengapa hati gua kembali berdebar-debar. Tengkuk gua kembali meremang. Mungkin kerana yang bertanyakan soalan ini adalah seorang wanita yang berpangkat Timbalan Presiden di kompeni yang gua apply. Bukan calang-calang position tuh!

Air-cond berjenama York di bilik temuduga menjalankan tugasnya seperti biasa. Hembusan angin dingin bersuhu 20 darjah celcius sudah cukup untuk membuatkan gua menggigil. Cilaka, mahu saja gua request interviewer gua ini perlahankan untuk sikit suhunya. Tapi, gua terpaksa lupakan saja niat itu kerana gusar takut-takut gua dicop demanding plak. Ya lah, baru mintak keja, sudah demand macam-macam. Ye dop?

Satu persatu kriteria yang gua isi dalam borang tersebut dibaca oleh beliau. Sesekali Puan Hamidah tersenyum sinis. Semakin lama dia tersenyum, semakin gementar gua dibuatnya. Ya lah, seingat gua, apa yang gua isi dalam form tersebut takdelah lawak mana.

Harap-harap dia tak perlekehkan gua.

“So, what kind of stuff do you write, actually? Please elaborate on that.”

“Well, basically I love writing. Dulu masa engaged dengan projek-projek bawah Jaring,  kebanyakan Reports or User Acceptance Test semuanya saya yang setelkan. Minutes of Meeting, User Guides dan Toturial documents kebanyakan saya yang prepare. To be honest, saya memang suka buat documentation.” Jawab gua steady. Walaupun agak poyo ayat-ayat jawapan gua tadi, namun gua redahkan juga. After all, this is a bloody interview, and we’re supposed to sell our self to them, right?

Harap harap dia impress.

“Yes, itu saya tahu. I mean, you have to prepare all those documents because that’s part of your JD, kan? balas beliau. Kali ini, tone beliau tinggi sedikit.

Shit! Gua salah jawab ker nie..?

“So, what I want to know…kalo thing’s yang bukan in your Job Description. I mean, during your free time. What kinds of stuff do you write? Novel? Script? ” tambah beliau lagi. Kali ini matanya bersinar-sinar seperti kepingin untuk mengorek sesuatu dari gua.

Crap!

Sah gua dah silap explain. Dah nama ruangan hobi, kan? Benda-benda yang gua mention tadi dah tentu-tentu part of my job. Dah tentu-tentulah gua terpaksa tulis. Adoi bangangnya. Angin nervous gua datang kembali. Kali ini impactnya sangat keparat. Siap attack pundi kencing lagi.

“Err..well, sebenarnya…”

Gua takde idea nak jawab ketika ini. Almost 10 second jugak gua terberhenti. Sepatah haram perkataan tak terkeluar dari mulut gua. Dari jauh, gua perasan Puan Hamidah tersenyum melihat gelagat gua. Gua rasa, gua punya level of nervousness, dia boleh rasa.
Seingat gua, gua takde plak gua apply untuk position journalist. Tapi apahal bab-bab hobi gua yang dia nak highlight sangat?

“Are you into blog?”

“Err..saya..”

“Hahaha. See? I knew it. Tell you what; just give me your blog address. I want to go through your blog later.” Balas beliau.
           
“Err…tapi kenapa puan?”

“Saja..”


P/S: Sesi interview paling pelik yang gua penah attend. 

Friday, October 7, 2011

Things that I miss in WWE...#1

Demolition, Legion of Doom & The Hardy Boyz


Tag Team Division

Gua tengok match tag-team dulu dengan match tag-team skang sangat jauh beza. Nyatanya, tag-team zaman sekarang telah berjaya buat gua mengantuk. Dulu punya tag-team sangat superb. Sebut saja team-team yang terkenal seperti Legion of Doom (L.O.D), The Dudley Boyz, The Hardys, Edge & Christian, New Age Outlaws, mesti lu orang akan rasa meremang dan teruja nak melayan match-match diorang. Entah la, gua rasa tag-team yang bagus dibentuk atas dasar ‘chemistry’ dan ‘buddies’; dan bukan atas dasar story plot.

Tak faham? Macam nie. Cuba tengok Dudley Boyz. D-Von Dudley & Bubba Ray Dudley entered the world of pro-wrestling sebagai ‘tag-team’, dan bukan sebagai ‘single competitor’. Hawk & Animal, entered WWF sebagai Legion of Doom, dan bukan sebagai penggusti solo. Edge & Christian, bermula sebagai tag-team. OK, now kita bandingkan dengan tag team zaman sekarang. So now, Kofi Kingston dan Evan Bourne adalah Unified Tag Team Champion, dan mereka menamakan team mereka ‘Air Boom’. Kedua-dua mereka ini merupakan penggusti solo yang digandingkan bersama, setelah mereka telah lama bertapak dalam WWE.

Dan apa yang gua nak tekankan disini, Air Boom dibentuk seminggu sebelum mereka compete dalam tag match, dan merampas kejuaraan tag team dari Otunga & McGillicutty. Boleh ker persefahaman antara 2 individu yang belum pernah diganding; dibentuk hanya dalam seminggu? Sempat ker nak create signature move, special taunts yang boleh membuatkan orang ramai recognize team tersebut dalam tag division?

Faham tak disini?

Hakikatnya, team yang dibentuk tanpa persefahaman yang kuat TAKKAN bertahan lama. Contoh paling senang. Cuba tengok Cody Rhodes & Drew McIntyre. They used to be tag-team champion. Tapi, bila dah kalah title belt, mana ada lagi diorang compete as a tag-partner? Terus berpecah dan bergerak secara solo. Santino Marella & Vladimir Kozlov gua takyah cerita la. What a pair of jokes! Air Boom (Kofi Kingston & Evan Bourne) pun tunggu masa je. Sekarang boleh la, diorang pegang title. Nanti bila dah kalah, lu orang rasa this two dude akan compete for another tag team shot, under the name of ‘Air Boom’ lagi kah? Seriously, takkan ada punya.

Satu lagi charisma. Sebagai contoh. Apa yang membuatkan L.O.D dikenali ramai? Personally gua akan cakap, their unique face-paint, the modified spiked shoulder guard yang gua gilai sampai sekarang, dan ‘Doomsday Device’, their signature moves.  The Hardys? Team Extreme, colorful armband, and Senton Bomb. Edge & Christian? Gua hanya dapat pikir 2 aje : ‘Double Con-Chair To’ & ‘5 Second Pose’. So, apa istimewanya Air Boom, Otunga & McGillicutty, Cody Rhodes & Drew McIntyre? Hurm…let’s think about it.

Nahh…none, rite?

Pokoknya disini, tag-team championship dalam WWE dah hilang dia punya personal umpph! Excitement dah pudar. Mungkin kerana sikap WWE sendiri yang memandang tag-team division ini adalah satu division yang remeh. Tapi, bagi gua, kalo ia betul benda remeh, Road Warriors, The Bushwackers, Demolition, The Steiners Brother takkan dikenali ramai. Mereka takkan dinobatkan sebagai lagenda pro-wrestling. Sekarang dah tak ada team yang betul-betul komited untuk compete for this kind of championship. Semua nak hala kepada U.S Champion, Intercontinental Champs, bla..bla..bla.

OK. Kita tahu TNA adalah empire gusti yang agak crap. I mean hexagonal ring? Saiz arena sebesar bangsal ayam? Are you kidding me? Pfft! Tapi, kalo korang tanya gua soal advantage, gua akan katakan kekuatan TNA terletak kepada penggusti-penggusti mereka yang beraksi dalam tag-team division. TNA mempunyai banyak tag-team sebenarnya kalo nak dibandingkan dengan WWE. Hasil kerja keras team-team seperti Beer Money Inc, Motor City Machine Guns (MCMG), American Most Wanted (AMW), Generation Me, LAX, The Natural lah yang menaikkan TNA. Senang cerita, sebab diorang la Jeff Jarret kaya! Walaupun gua tak minat TNA, tapi personally I kinda like their tag-team Championship. Jauh lebih baik dari WWE.

Jujurnya, gua sangat rindukan aksi-aksi mantap L.O.D, Brothers of Destruction, Hart Foundation, New Age Outlaws, The Hardys, Dudley Boyz, The Smoking Guns and The Headbangers. I’m happy to admit I miss them so much. The excitements, the traditional feud, the backstage drama…ahhh. Kalau la team-team nie masih power dan masih boleh menyajikan moment-moments yang electrifying kepada crowd, Jeff Jarret boleh balik kampung ternak kambing.

Now that’s wassup!

* Tammat *


Picture credit to My 1-2-3 Cents

Wednesday, October 5, 2011

WWE Hell in a Cell 2011 : Full Result



1. Alberto Del Rio def. John Cena & CM Punk in a Triple Threat Hell in a Cell Match (New WWE Champion)

“Hell in a Cell” atau lebih dikenali sebagai “Satan Structure” or “Satan’s Playground” adalah PPV yang mencipta sejarah kerana WWE buat pertama kalinya memperkenalkan the 1st ever Triple Threat Match yang beraksi dalam sangkar besi ini. John Cena as a defending champion berentap menentang “The Mexican Aristocrat” Alberto Del Rio dan “The Straight Edge” CM Punk. The battle was superb. But in the end, Del Rio emerged as the new WWE Champion. Dengan bersenjatakan Steel Pipe, Alberto membelasah Cena dan CM Punk hingga lembik. He opened the cage and toss Cena out. Then he ventured himself back into the structure and threw away the cell key underneath the ring. As CM Punk still groggy as shit inside the ring, Alberto took full advantage to beat the shit out of him, followed by a successful 3-counted pin. Nice strategy huh!

Tapi, jangan tertipu. That was not the best part. The real main event for this PPV happened to be after the match sebenarnya!

Lepas habis match, tak sempat Alberto nak meraikan kemenangan, former-WWE superstars yang dah dipecat, The Miz & T-Truth emerged from the crowd. Masing bersenjatakan Steel Pipe, kesemua individu-individu yang still berada di gelanggang dibelasah oleh Miz & Truth, termasuk referee. Yang jadi kontroversi disini, Miz & T-Truth meluru masuk ke gelanggang sebaik saja Cell diangkat. Bila kedua-dua lahanat ni dah masuk, the Cell kembali diturunkan. Siapa yang kontrol crane Cell tu? Musykil kan?

Seperti beruang lapar yang membaham mangsa dalam kandang sendiri, Miz & T-Truth terus membelasah Punk, Del Rio dan Cena. Tarak belas kasihan punya. Yeah! I know they’re professionally trained, but a swing of a Steel Pipe at the back of the head? That’s extreme sial! Kalo Singapore Cane tu, gua percaya la hayun kat kepala macamana pun tak berapa sakit sangat. Bunyi jer lebih. But a Steel Pipe? Now that’s wassup!

Triple H sedar yang tindakan kedua-dua ‘beruk’ ini bakal menyusahkan beliau pada masa akan datang. Dia segera meluru ke gelanggang bersama-sama WWE Superstar yang lain untuk meredakan keadaan. Namun, takde seorang pun yang dapat masuk ke dalam Cell memandangkan kunci sebenar cell ada dibawah ring!

Triple H segera mendapatkan bantuan pihak polis. Keadaan semakin huru hara apabila Miz & Truth tiada langsung menunjukkan mereka mahu berhenti dari membelasah kesemua individu-individu yang terperangkap dalam gelanggang. Del Rio, Cena & Punk bersama 2 lagi referee yang lain dah lembik. Ada yang berdarah-darah. Di luar gelanggang, para atlit WWE cuba sedaya upaya untuk masuk ke dalam gelanggang. Sheamus & Mason Ryan cuba untuk mematahkan steel chain, manakala Morrison pulak cuba masuk dari ‘bumbung’ cell. Reaksi para penonton sangat merisaukan. Namun, setelah beberapa minit berlalu, seorang technician arena meluru ke gelanggang bersama sebilah ‘chain cutter’ dan berjaya memotong rantai besi tersebut. Bila rantai dah putus, Miz & T-Truth melutut dan membiarkan sahaja pihak polis menggari mereka. Kedua-dua mereka diheret keluar dari gelanggang untuk dilokap.

Triple H sangat bengkek ekoran serangan hendap ini telah mencemarkan perjalanan WWE Hell in a Cell bagi kempen 2011. Lantas beliau meluru dan membelasah kedua-dua ‘beruk’ tersebut tatkala gari-gari masih terikat kemas ditangan mereka.

Silap Triple H, silap! Lu pegi belasah orang yang tak mampu melawan (sebab digari), kenapa? Atas dasar professionalism, satu hari lu mesti kena charged punya. 

So, persoalan disini..

  • Adakah ini kemuncak konspirasi untuk menjatuhkan Triple H? Kerana sebagai COO, beliau patut mengawal perjalanan PPV dengan baik, as well as melindungi kebajikan staff-staff daripada serangan orang ‘luar’.
  • Siapa brader yang kawal tali kren Cell tersebut?

2. World Heavyweight Champion Mark Henry def. Randy Orton (Hell in a Cell Match)

3. WWE Tag Team Champion Air Boom def. Jack Swagger & Dolph Ziggler

4. Intercontinental Champion Cody Rhodes def. John Morrison

5. Sin Cara (blue and gold) def. Sin Cara (black and silver)

6. Sheamus def. Christian

7. Beth Phoenix def. Kelly Kelly (New Divas Champion)


Sekian gua melaporkan dari  New Orleans...


P/S: Tapi gua rasa culprit dalam plot ini, mesti John Laurinatis! Cilaka nie memang dah lama dengki dengan Triple H. Tidak syak lagi!

P/S: Best PPV ever! Sori, gua tak ulas match-match yang lain. Sebab pada gua, plot diorang tak menarik. Berebut Vickie Guerrero la, fake Sin Cara vs True Sin Cara la, etc... Sampah!



Gambar gua cedok dari WhatCulture.com

Tuesday, October 4, 2011

Nak Hencem Kena Bertempat Ke?



Gua memang perangai kampung. Got a problem with dat?


Gua nie kerja department IT. Kalo nak ikutkan dress-code tempat gua nie, gua tak diwajibkan pakai neck-tie sangat. Memadai la seluar slack tempah, kemeja Durban dan sepasang kasut hitam. Tu aje dah boleh keja IT dah. Kahkahkah! Kalo nak pakai pun boleh sebenarnya, takde hal pun. Tapi nampak sangatlah poyonya kalo kuli macam gua nak dressing macam geng-geng yang selalu bawak masuk sale. Gila apa, ye dop?

Namun, sebenarnya pada pandangan gua, neck-tie nie adalah salah accessories orang jantan yang superb kalo dipakai, lebih-lebih lagi kalo dipair bersama vest ramping dan cuff-link yang ada rantai sikit-sikit. Dia punya mantap memang lain macam, bai. OK, gua mengaku gua akan perasan hensem (bluwekk!!!) bila bertali leher. Gua juga mengaku takleh pakai vest, sebab pinggang gua macam buah pear. Boleh jer gua nak hantam sarung sebenarnya, tapi takut orang ramai jer la yang hilang selera makan kang. Tapi, yang gua nak tekankan sini, gua memang suka pakai neck-tie.

Hidup di sekolah berasrama penuh, memang kami diwajibkan pakai neck-tie. 5 tahun gua ikat benda nie kat tengkuk gua. Lepas habih sekolah, gua enrolled setahun matriks kat Langkawi. Pun kena pakai benda alah nie jugak. Cuma time gua buat degree jer gua terus tak pakai. Seingat gua, time universiti, sekali jer gua pakai necktie, tu pun time nak convo. Lepas pada tu, mana neck-tie gua melingkup pun gua dah tak amik kisah.

Bila dah masuk scene karier, gua ingat gua kena la pakai balik. Tapi, still tak required pun. Gua cuma akan dapat merasa ‘hensem’ bila time kena panggil interview. Ha, yang tu gua suka. Banker Permatang Pauh secara automatiknya akan menjadi gua punya Fashion Advisor. Baju brand apa yang nampak superb, corak macamana, kaler apa yang nak matching dengan neck-tie, semua dia consult. Pendek kata, dia punya knowledge tu agak sama parr dengan Tom Abang Saufy. Apa? Tak kenal sapa tu Tom? Lu orang dok negara mana nie…?

Pendek cerita, Isnin lepas, gua attended satu interview dekat area KL. Macam biasa, dressing gua sangat superb. Tali leher tak tinggal.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Namun, lepas balik dari tempat interview tersebut, gua ditegur oleh bini gua. Dia dengan selamba katak suruh gua bukak neck-tie yang tersemat kemas dileher ini. Mungkin dia malu dengan keadaan orang yang sangat ramai dan gua masih kelihatan hensem dikala habih opis-hour.

“Bukak…tak kira. Lu bukak jugak…” keluh Banker Permatang Pauh

Kenapa dia nie? Gua dah makin pelik. Walaupun gua menolak pada awalnya, tapi dia tetap berkeras menyuruh gua tanggalkan jugak neck-tie nie. Ahh…ini sudah lebih! Gua nekad gua hanya akan tanggal benda alah ini setibanya kami di rumah. Lain pada tu, gua takkan. Read my lips..”Takkan”. Nothing won’t change that fact. Lagipun, gua jarang bergaya, biarla sekali sekala gua nak hensem, ye dop?

“Kalo gua tanak bukak? Lu nak buat apa?”

“Kalo lu tanak bukak, gua malas nak jalan dengan lu. Lu jalan la sorang-sorang.”

“Eh, apsal plak? Biarla gua nak pakai. Lagipun sopan ape?” kali nie gua balas beserta alasan kukuh. Siap sentuh bab sopan sikit-sikit. Kalo dalam konteks Islam nie, gua memang tak salah. Harap-harap alasan ni dia tak boleh counter.

“Ye la, Sopan memang la sopan. Tapi….”

“Tapi apa?” Gua semakin musykil. Jenis-jenis suka cakap ayat tak habih nie memang boleh buat gua sakit jantung.


***


Bini gua terdiam. Pelan –pelan dia menarik nafas yang panjang. Bila emosi dia dah agak stabil sikit, dengan selamba dia menjawab (sambil facepalm).

“Kita kan kat pasar malam nie…Mana ada orang singgah pasar malam pakai necktie, banggg oiiii!”





Gulp!

Sepantas kilat gua bukak necktie ini dan terus sedekahkan kat sorang pakcik kurang upaya yang tengah main accordion.

Alasan ini terlalu konkrit…

Terlalu konkrit sampai gua takde modal nak counter.

#Tsskk...


Err... #1


Baru-baru nie, gua ada terbaca satu kenyataan seorang artis bertudung Malaysia kat blog BeautifulNara, yang mendakwa dia kena PWNED dengan boipren beliau setelah beberapa gambar milik beliau yang menampakkan juraian rambut tersebar meluas di internet. Jujurnya, gua peduli apa gambar ko tak pakai tudung pun. Itu hal ko dengan Allah, ye dop?

Namun, ada satu baris kenyataan beliau yang buat gua 'gulp!'....


Err...MUAT TURUN? Bukan sepatutnya MUAT NAIK (upload) ke?

Ker gua yang bangang tak bertempat?

#Pfftt!


Gambar gua cedok dari SpireGlobal. Sumber Artikel dari BeautifulNara.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...